Mengadakan sidang media Bersih 7 tengah panas depan pintu masuk (Gate 1) Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, SUK Jamal Jamban mendakwa rakyat Selangor cukup derita kerana terpaksa mandi air longkang setiap hari.
"Keperluan air bersih masih lagi belum wujud, Rakyat Negeri Selangor cukup derita sekarang ini, dengan kerajaan pimpinan Azmin Ali kerana hari-hari mandi air longkang," katanya.
Jamal dalam sidang media yang sama memaklumkan bahawa dia akan membuat roadshow ke seluruh negeri Selangor di sebanyak 700 lokasi sehingga 1 April yang akan datang (tahun hadapan) di mana pada waktu itu mereka akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran dalam negeri Selangor.
Selama aku duduk di Negeri Selangor, aku belum pernah lagi mandi air longkang. Tapi mungkin kita kena bersimpati dengan Jamal Jamban, hari-hari dia derita sebab kena mandi air longkang.
"Patutlah kau busuk Jamal oi..."
0 Comments
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda