Giliran Arul Kanda pula tidur lokap malam ini

JIKA semalam bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini giliran Arul Kanda Kandasamy pula ditahan Suruhanjaya anti-rasuah berhubung kes yang sama.

Bekas CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dilaporkan ditahan sebentar tadi pada jam 10.30 am (Selasa 11 Disember 2018) berhubung kes pengubahsuaian dokumen laporan akhir audit 1MDB.

"Mereka (SPRM) akan membawanya ke mahkamah esok (Rabu) pagi untuk dituduh bersama dengan Datuk Seri Najib," kata Sivananthan, peguam kepada Arul Kanda.

Katanya lagi Arul kanda akan ditahan semalaman di ibu pejabat SPRM sebelum dibawa ke mahkamah pada esok untuk didakwa.

"Dia (Arul Kanda) sekarang dalam tahanan SPRM untuk diambil keterangan selepas tangkapan," katanya.

Menurut Sivananthan, Arul kanda kemungkinan bakal berdepan satu tuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

"Setakat yang kami tahu hanya Datuk Seri Najib dan Arul. Saya tidak pasti jika ada orang lain akan didakwa esok," kata peguam berkenaan.

Arul kanda dan peguamnya tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 9.30 am kerana dia dijadualkan untuk disoal siasat oleh pegawai anti rasuah.

Arul hampir saja terlepas dari liputan pihak media kerana tindakannya yang masuk ke dalam bangunan SPRM melalui pintu belakang.

Arul Kanda kena tahan SPRM

Dia dilaporkan turut memakai topi berwarna hitam untuk menyembunyikan identitinya.

Pada 25 November, ketua audit negara Tan Sri Madinah Mohamad berkata bahagian tertentu dalam laporan akhir audit 1MDB telah dipadam.

Bahagian itu dilaporkan menyebut tentang kehadiran ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, yang turut dikenali sebagai Jho Low.

Beliau mendedahkan arahan untuk mengubahsuai dokumen berkenaan datang dari Tan Sri Shukry Salleh, yang pada ketika itu merupakan Ketua Setiausaha Sulit Najib Razak.

Pengubahsuaian dalam laporan 1MDB telah dibuat pada 26 Februari 2016 dengan alasan ia merupakan "isu sensitif"

Setakat ini selain Najib dan Arul Kanda, SPRM juga telah menyoal siasat beberapa orang berhubung pengubahsuaian dokumen berkenaan.

Antara individu yang telah disiasat ialah bekas Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, dengan kapasitinya pada waktu itu sebagai Pegawai undang-undang mewakili Peguam Negara, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, dan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

1 Comments

  1. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

    kalau perintah Allah ni bukan pegangan setiap orang yang beriman
    jangan harap keadilan dilaksanakan .....

    dakwa bekas pm n kuncunya oleh penguasa lawan biasa
    belum ada penguasa ynag sama dakwa bekas pm nya
    jugak belum ada lagi kes ketua ketua jabatan berani dakwa sang penguasa
    ynag sedang berkuasa

    lambat lagi nak tengok keadilan ditegakkan
    hanya laungan saja
    hancing baunya

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan