Loading...

Jawatankuasa kuil kata tak terima RM1.5 juta dan tanah 1 hektar

JAWATANKUASA petugas Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dilapor mendakwa tidak menerima wang RM1.5 juta dari pihak pemaju One City Development dan tanah seluas 1 hektar sebagai persetujuan untuk pemindahan kuil ke lokasi baru.

Save Seafield Temple Task Force dilapor berkata bahawa wang pampasan dan tanah berkenaan bukan di bawah jagaan mereka kerana tanggungjawab itu diserah kepada bekas jawatankuasa kuil berdasarkan persetujuan mahkamah pada tahun 2014.

V. K. Regu setiausaha jawatankuasa itu memberitahu bahawa mereka tidak terlibat dengan perjanjian yang dibuat antara Pengerusi Kuil, K Chellapa dengan pihak pemaju, One City Development Berhad 4 tahun lalu.

Setiausaha Jawatankuasa Kuil Seafield

"Kami tiada kaitan dengan perjanjian itu, tak pernah terlibat," katanya lapor The Malaysian Insight.

Kata Regu, semua dokumen yang berkaitan kini dipegang oleh Chellapa dan pemaju.

"Apa saja perjanjian yang dibuat adalah antara mereka. Kami tak tahu apa-apa tentang pampasan (RM1.5 juta) dan tanah itu,"

"Apa yang kami tahu sekarang ialah kuil berada dalam pengawasan AGC (Pejabat Peguam Negara) dan kami sedang berurusan dengan mereka," katanya

Bekas Pengerusi Kuil tak dapat dihubungi

The Malaysian Insight telah beberapa kali cuba menghubungi Chellapa tetapi semua panggilan dan mesej teks tidak berbalas.

Salah seorang anggota pasukan petugas itu, Elangovan Annamalai juga berkata, Chellapa telah menerima pampasan dan hak ke atas kuil.

Katanya tanggungjawab untuk memulangkan semula wang pampasan adalah di tangan Chellapa, kerana ia sebahagian daripada penyelesaian yang dicadangkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas.

"Kalau dia (Chellapa) mengelakkan diri dari semua orang kerana sudah menggunakan duit itu, maka dia sekarang jutawanlah, kalau dia tak mahu pulangkan semula duit itu, pemaju patut saman dia," kata Elangovan.

Dalam penghakiman persetujuan di mahkamah pada 11 Mac 2014, tapak kuil Sri Maha Mariamman telah diserahkan kepada pemaju One City Development Berhad.

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa empat pihak iaitu kerajaan Selangor, One City dan dua individu yang mendakwa mereka adalah pentadbir kuil bersetuju untuk memindahkan kuil tersebut. Tapak kuil diserahkan kepada pemiliknya One City.

One City telah bersetuju untuk memberi wang sejumlah RM1.5 juta sebagai pampasan kepada kuil manakala kerajaan Selangor menyediakan sebidang tanah ganti yang letaknya kira-kira 3km dari lokasi tapak yang asal.

Isu mengenai tanah di mana kuil itu berada nampaknya seperti akan selesai dengan campur tangan Peguam Negara baru-baru ini. Kuil berkenaan akan terus kekal di situ dan tanah akan diserahkan kepada tabung pentadbiran mahkamah.

Namun antara yang terkandung dalam perjanjian penyelesaian tersebut, pihak kuil perlu memulangkan semula pampasan RM1.5 juta dan tanah alternatif yang telah diterima sebelum ini kata MB Selangor Amirudin Shari.

Keadaan itu menyebabkan jawatankuasa petugas yang menguruskan kuil itu sekarang dilapor berada dalam keadaan dilema kerana wang dan tanah itu tidak berada dalam jagaan mereka.

Post a Comment

2 Comments

  1. Fuh, macam drama Tamil. Plotnya sungguh rumit.

    ReplyDelete
  2. Dah kata...semua duit punya pasal
    Yg gelapkan wang dan melarikan diri..
    Penjaga skrg nak duit juga...perghhh
    Mmg sial lah keperibadian mrk nie!!!
    Yg jadi mangsa...rakyat yg tak bersalah bergaduh dan membenci!!!!
    Menteri pemecah perpaduan paling bangang!!!!Dia hanya ingin dilihat sebagai hero filem tamil dgn asyik memfitnah dan menyalah org lain.
    Benda yg dpt didiskusi dgn baik dan harmoni dilakukan dgn cara ekstrimis.
    Menteri sial dan bodoh!!!!
    Sikap yg amat kurang ajar dan tidak mghormati adat budaya dgn perjanjian asal perlembagaan penubuhan negara.Bangsat yg diberi muka sangat!!!!!
    Tak suka.. balik negara asal dan hiduplah dgn suasana kasta yg menjadi budaya turun menurun mrk.
    Mrk nie mmg tiada tmpt di negara yg berbilang kaum dan perlembagaan negara yg telah menerima mrk.Tak hormat perlembagaan boleh balik negara asal!!!!
    Pecat jer bangsat sial tu!!!!!

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda