Loading...

Masjid Seksyen 19 Shah Alam kena roboh? Ini cerita sebenarnya

SEJAK dua hari lalu, kecoh di media sosial tentang cerita kononnya struktur binaan milik masjid Seksyen 19, Shah Alam dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Binaan haram dekat masjid kena roboh

Bila cerita itu sudah tersebar secara meluas biasalah dari kisah "cicak sudah bertukar jadi kisah buaya," benda kecil diperbesarkan untuk tambah rempah dan perisa, kononnya nak bagi cerita lebih "spicy" ada pula yang sebarkan cerita kononnya Masjid Seksyen 19 Shah Alam pula yang kena roboh.

Roboh masjid shah alam

Kisah yang sebenarnya ialah, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menerima aduan berhubung struktur binaan tanpa kelulusan yang telah dibina di atas rezab jalan / kawasan hijau di bawah penyelenggaraan MBSA.

Difahamkan, struktur haram yang dimaksudkan termasuk khemah, garaj kereta dan stor.

Hasil penyiasatan pihak MBSA, struktur haram tersebut digunakan sebagai gerai tempat jualan oleh warga asing.

Pihak MBSA telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 46 (1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) kepada pemilik supaya struktur ini dirobohkan namun tidak dipatuhi.

Pihak MBSA juga telah menghubungi pihak pengurusan masjid sebelum operasi merobohkan struktur haram itu dijalankan, dan mereka mengesahkan tiada kaitan dengan struktur binaan tersebut.

Pihak MBSA menegaskan bahawa operasi yang dijalankan hanya untuk merobohkan struktur yang dibina tanpa kebenaran (khemah, garaj kereta, stor) di atas rizab jalan/ kawasan hijau di bawah seliaan MBSA.

Dalam erti kata lain sebenarnya, struktur binaan haram itu langsung tak ada kena-mengena dengan masjid, bukan hak masjid.

Berikut gambar keadaan gerai-gerai milik pendatang asing sebelum ia dirobohkan oleh pihak berkuasa. Gerai berkenaan berada di bahagian luar pagar masjid. Tiada kena mengena dengan struktur bagunan masjid.

Warga asing berniaga

Post a Comment

9 Comments

  1. Blog kaki fitnah Milo Basi ni bilalah nak insaf? Asyik sebar cerita bohong, asyik putar belit cerita. Kerajaan PH celaka robohkan masjid pun kau masih nak bela? Memang celaka kau ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Milo suam yang bohong ke kau yang bodoh???

      Kau pergilah ke Masijid seksyen 19 Shah Alam tu tengok roboh ke tak???

      Kau ingat kau sokong PAS/UMNO kau boleh selamat di depan Allah menyokong fitnah???

      Sedarlah Allah kira perbuatan baik kau bukan kau sokong PAS/UMNO atau tak!!!

      Yang Allah kira Milo Suam memberitahu berita benar dapat pahala!!! Yang sebar cerita fitnah tu kalau tak minta maaf berdosa!!!

      Apa ke bangang sangat kau ni!!!

      Delete
    2. Boleh ke kau guna akal yang Allah bagi sebelum komen? Kalau tak boleh, sia-sia saja kau hidup menyokong PASUMNO haramjadah. Milo Suam menyebarkan fakta kau menyebarkan fitnah. Agak-agak siapa yang dapat pahala dan siapa yang berdosa? Tak tau? Memang sahlah kebodohan awak dah begitu ketara. Awaklah yang berdosa sebab percaya dan sebarkan fitnah!!

      Delete
  2. Org PAS dan Umngok mmg kaki fitnah dan bengong......

    ReplyDelete
  3. Lobai apa tahu. Angguk....angguk ...boleh laa.

    ReplyDelete
  4. Dari Ubadah bin ash-Shamit bahwasanya Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda

    “Tidak termasuk umatku orang-orang yang tidak memuliakan orang yang lebih tua dari kami, menyayangi yang lebih muda dari kami, dan tidak mengetahui hak seorang ulama”. (H.R Ahmad: V/ 323 dan al-Hakim. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Hasan)

    ReplyDelete
  5. Kt Malaysia ni... yg tua tak menghormati yang muda. Yang berpengetahuan menipu dan menidakkan orang yg kurang berilmu... sebab itu perkara yg sebenar tidak dijelaskan langsung.

    ReplyDelete
  6. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

    O ye who believe! stand out firmly for justice, as witnesses to Allah, even as against yourselves, or your parents, or your kin, and whether it be (against) rich or poor: for Allah can best protect both. Follow not the lusts (of your hearts), lest ye swerve, and if ye distort (justice) or decline to do justice, verily Allah is well- acquainted with all that ye do.

    kalau tak da sipat ni jangan haraplah kebenaran n keadilan
    akan terlaksana

    ReplyDelete
  7. Aku dulu memang sokong Mahathir dan kroni² dia tapi bila aku perhati orang tua yang dulunya kutuk dan ajar anak melayu supaya benci DAP tiba² dia bersekongkol pula dengan puak² penipu ni terus aku dan yang lain tak boleh percaya dan sokong lagi. Ape yang aku nampak kaki spin dan kaki U-turn datang dari Pakatan Harapan. Siapa yang sokong PH adalah penyokong liberal

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda