Loading...

Ombak Tsunami tiba ketika konsert sedang rancak (Video)

RAKAMAN video tersebar di media sosial memaparkan detik bagaimana ombak besar tsunami menghancurkan pentas utama konsert yang sedang rancak berlangsung di Indonesia malam tadi.

Tsunami ketika konsert

Dalam rakaman yang berdurasi tidak sampai seminit itu, difahamkan kumpulan "seventeen," sedang rancak membuat persembahan di atas pentas yang diiringi alunan muzik berentak laju.

Tidak berapa lama kemudian pentas utama yang dijadikan tempat persembahan itu runtuh akibat ombak tsunami yang tiba-tiba membadai dari arah belakang pentas berkenaan.

Difahamkan pemain bass dan pengurus Kumpulan Seventeen maut dalam kejadian itu.

Orang yang merakam video ini tentu sekali niat asalnya untuk merakamkan detik rancak persembahan konsert kumpulan seventeen. Namun secara tidak sengaja telah merakam tragedi bencana yang menyayat hati



Media sebelum ini melaporkan seramai 20 orang maut susulan kejadian tsunami yang melanda kepulauan Jawa dan Sumatera di Indonesia pada malam hari Sabtu.

Kejadian tsunami yang berlaku di kawasan Selat Sunda itu dilaporkan akibat runtuhan dasar laut berpunca dari letusan gunung berapi kata Agensi Mitigasi Bencana kerajaan Indonesia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi itu, seramai 165 orang cedera, manakala jumlah mangsa yang hilang belum dapat dipastikan.

BACA JUGA — Tsunami melanda Kepulauan Indonesia

Post a Comment

0 Comments