Loading...

Pemandu bas kena pukul beramai-ramai (video)

SEBUAH klip video yang merakam kejadian seorang pemandu bas dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki viral di media sosial.

SCROLL KE BAWAH ARTIKEL UNTUK MENONTON VIDEO

Dalam video tersebut, kedengaran suara-suara individu menyuruh kejadian itu dirakam dan ditularkan ke halaman Facebook.

"Rakam je, rakam masuk Facebook lantaklah," kata seorang lelaki.

Pemandu bas kena pukul

Dalam masa yang sama terdapat juga suara individu yang cuba menghentikan kejadian itu daripada terus berlaku.

Apa punca kejadian?

Turut kedengaran suara beberapa individu dalam video membayangkan kejadian itu berpunca dari salah pemandu bas itu sendiri.

"Buli sangat budak, itu ubat dia,"

"Baru lawan dia, ini tay (pukul) budak-budak tak padan (sepadan)," kata suara lelaki itu.

Selain itu ada suara individu yang bertanya apa punca kejadian ini boleh berlaku.

"Macam mana cerita?" tanya suara itu.

"Dia tampar budak sekolah," jawab seorang lagi individu dalam video berkenaan.

Justeru berdasarkan perbualan suara yang boleh didengar daripada video berkenaan, orang ramai pada awalnya mengganggap kejadian ini bermula apabila pemandu bas berkenaan memukul seorang budak sekolah.

Individu tampil sedia jadi saksi

Namun susulan video ini disebarkan di media sosial Facebook. Tampil seorang individu menggunakan akaun Facebook bernama Ramadhan Aidiladha Ramadhan, yang bersedia untuk menjadi saksi dan mendakwa dia berada di tempat kejadian pada waktu itu.

Saksi

"Admin sebenarnya kau punya info tu tak sahih, aku ada masa tu tapi aku tak tahu nak cakap dekat siapa." tulisnya.

Katanya budak pelayan kedai di R n R Gambang sebenarnya yang biadap kepada pemandu bas menggunakan kata-kata kesat tanpa sebab.

"Cerita dia budak kedai R and R Gambang nombor 6 tu biadap dengan brader ni, bro ni order makanan, kemudian budak kerja kedai tu sound brader ni 'sabarlah babi,' lepas tu bro tu hangin la, dia cakap balik jangan kurang ajar aku lempang kang,"

"Lepas bro ni selesai minum dalam 10 minit macam tu bro ni pun pergi dekat bas tiba-tiba ramai datang tak tahu dari mana," tulisnya.

Menurutnya lagi, pemandu bas itu sebenarnya langsung tak usik budak pelayan kedai itu.

"Bro ni tak lempang tak usik langsung pun budak kedai tu, aku ada dekat situ so kalau aku pun memang aku panas lah tiba-tiba sound babi apa hal kan," dedahnya.

Justeru dia menawarkan diri untuk menjadi saksi sekiranya kes itu berpanjangan.

"Kepada bro ni kalau kes ni panjang aku sanggup jadi saksi boleh PM aku,"

Di bawah ini video yang dimaksudkan (Sila klik untuk menonton video).

Post a Comment

3 Comments

  1. Mentaliti org gua ni. Ni org yg sebenarnya tinggal atas pokok dan gua. Melenting tak pasal pasal. Bo....!!!! Org gua.

    ReplyDelete
  2. Org melayu skrg amat perlu bimbingan drp cerdik pandai berilmu yg jujur, ikhlas dan akhlak mulia. Sila tampil ke hadapan dan beri bantuan. Org politik pergi main jauh2, walau ustaz sekalipun. Makin hari makin punah bangsaku.....dirosakkan oleh bangsa(t) ku juga!!!

    ReplyDelete
  3. Kesudahannya ke balai

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda