
Pengurangan cukai itu akan meningkatkan import minyak sawit ke India yang juga merupakan negara ketiga terbesar membeli minyak makan dunia, sekaligus mengurangkan jurang persaingan dengan minyak sayuran, minyak soya dan minyak bunga matahari.
Cukai minyak sawit mentah dikurangkan kepada 40 peratus dari nilai sebelumnya sebanyak 44 peratus, sementara cukai yang dikenakan terhadap minyak bertapis dikurangkan kepada 50 peratus berbanding 54 peratus sebelum ini. Pemotongan itu dilapor mula berkuat kuasa pada hari selasa.
Penghantaran minyak sawit bertapis dari Malaysia akan dikenakan cukai sebanyak 45 peratus berbanding 54 peratus sebelum ini lapor The Star.
Pada bulan Mac 2018, India meningkatkan cukai import minyak sawit mentah kepada 44 peratus berbanding 30 peratus sebelumnya, manakala cukai minyak sawit bertapis dinaikkan kepada 54 peratus berbanding 40 peratus sebelumnya.
Minyak sawit lebih kompetitif disebabkan oleh pengurangan cukai dan ini akan membawa kepada peningkatan import mulai bulan Januari dan seterusnya kata Sandeep Bajoria, ketua eksekutif Sunvin Group, syarikat pengimport minyak sayuran yang berpengkalan di Mumbai.
India merupakan pengimport utama minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia, serta minyak soya dari Argentina dan Brazil. Negara itu juga membeli sedikit minyak bunga matahari dari Ukraine, dan Minyak Canola dari Kanada.
Malaysia dan Indonesia, dua negara pengeluar utama minyak sawit sememangnya mengharapkan penurunan cukai import oleh New Delhi berikutan berlakunya lebihan pengeluaran di kedua-dua negara.
India kini bergantung sebanyak 70 peratus kepada minyak makan import untuk memenuhi permintaan negara berbanding 44 peratus tahun 2001/04.
0 Comments
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda