Pelbagai cara ibu bapa dan penjaga mahu mengambil hati anak-anak jagaan mereka supaya seronok untuk menempa alam baru persekolahan.
Terbaru, tindakan seorang nenek mengenakan seragam sekolah sedondon dengan cucunya mencuri perhatian ramai di media sosial.

Si nenek turut sama mengenakan kasut hitam seperti cucunya.

Bukan itu sahaja, malah si nenek turut sama beratur dengan cucu kesayangannya ketika perhimpunan sekolah.

Dan menemani cucunya di dalam kelas.

Difahamkan gelagat comel itu dirakamkan di Sekolah Islah Primary School. Si cucu pula baru nak masuk darjah satu di sekolah berkenaan.
0 Comments
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda