Bekas pegawai khas Najib mahu saman admin kerana tendang dia dari Group WhatsApp

BEKAS Pegawai Khas Najib Razak, Hizatul Isham Abdul Jalil, dilaporkan mahu mengambil tindakan saman terhadap admin sebuah group WhatsApp kerana menendangnya keluar dari group berkenaan.

Bekas pegawai khas najib

Isham yang lantang mengkritik kerajaan mendakwa dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp penduduk Presint 10 Putrajaya, kawasan kejiranan yang juga menempatkan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri.

Katanya sebagai pemilik hartanah di kawasan berkenaan, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali kumpulan media sosial itu.

"Ini bukan WhatsApp group biasa, Ia adalah WhatsApp group persatuan penduduk yang berdaftar, saya adalah tuan punya hartanah di sana,"

"Namun kini saya tidak lagi boleh posting dan mengikuti perkembangan kejiranan saya di Presint 10 Putrajaya. Ini adalah satu bentuk diskriminasi dan double-standard,"

"Saya tahu undang-undang, dan saya tahu hak saya Saya akan memfailkan saman ke atas pihak bertanggung jawab," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Facebook.

Isham mendakwa tindakan membuangnya dari group berkenaan adalah kerana desakan daripada penyokong kerajaan PH, atau pentadbir kumpulan itu sendiri yang tidak tahan dan panas apabila membaca artikel-artikel yang dikirim olehnya.

"Tidak semua dalam group tersebut yang bersetuju dengan mereka kerana ramai yang meraikan perbezaan pendapat dan semak imbang pembangkang ke atas kerajaan,"

"Selama ini terutama sebelum pilihan raya umum ke-14 banyak posting anti-BN dan maki hamun serta cerca kepada bekas perdana menteri pada ketika itu dalam WhatsApp group ini tetapi tiada siapa pun diremove daripada WhatsApp grup tersebut," luahnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan