PAS Tawau mohon maaf bantah sambutan Krismas dan Tahun Baru

PAS Tawau memohon maaf kepada orang ramai kerana menghantar satu memorandum membantah sambutan Krismas dan Malam Tahun Baru yang dianjurkan Disember lalu lapor The Star.

Mohamad Husain PAS Tawau

Ketuanya Mohamad Husain berkata parti itu turut memohon maaf kepada Parti Warisan Sabah dan PKR Tawau kerana melibatkan mereka di dalam memorandum tersebut.

Isu berkenaan mendapat liputan media sekaligus menerima kecaman dari pelbagai pihak menuduh mereka menyebarkan unsur negatif.

Menurut Mohamad, memorandum bersama itu telah dihantar sebelum sambutan, berikutan satu perbincangan kumpulan dengan beberapa pihak dan individu.

Dakwanya perkara itu telah "disalahertikan," kerana Warisan dan PKR tidak terlibat menghantar memorandum tersebut.

"Kami mengakui kesilapan dan menyesal terhadap apa yang berlaku," katanya dalam satu sidang media di Tawau pada hari Rabu (2 Januari)."

"Jika ada mana-mana pihak yang kecewa, lupakanlah, kita mengenali antara satu sama lain, tambah lagi memorandum itu tidak bermaksud untuk mengganggu atau menyakiti perasaan sesiapa," tambahnya.

PAS Tawau mengetuai sebuah kumpulan yang mendakwa mereka mewakili masyarakat Muslim di daerah berkenaan untuk menghantar satu memorandum membantah sambutan Krismas dan Tahun Baru serta membuat laporan polis.

Mereka mendakwa sambutan berkenaan mempunyai unsur-unsur menyentuh sensitiviti masyarakat Muslim di Tawau dan menyebarkan fahaman kristian.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew menyuarakan rasa terkejutnya selepas bantahan itu, katanya tindakan seperti itu tidak boleh diterima di negeri Sabah yang aman, yang memiliki lebih 30 kaum berbeza etnik pelbagai agama dan kepercayaan.

1 Comments

  1. Ini orang ada banyak pandang depan.... takut hilang undi nanti kahkahkah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan