Loading...

"Penyamun bodoh" saja kantoikan diri (video)

VIDEO rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebar menyaksikan sekumpulan penjenayah melakukan jenayah samun bersenjata di sebuah hotel di Ayer Hitam, Kluang Johor.

Samun hotel ayer hitam

Netizen menggelarkan kumpulan penjenayah itu sebagai "penyamun bodoh" kerana melakukan jenayah berkenaan tanpa menutup muka meskipun menyedari adanya kamera CCTV hotel yang sentiasa merakam aksi jenayah mereka. Atau dalam kata lain memang saja nak kantoikan diri sendiri.

Dalam rakaman itu salah seorang penyamun dilihat mengeluarkan sebilah parang mengugut wanita penjaga kaunter hotel berkenaan.

Dia dilihat sempat meraba wanita itu seperti mahu mengambil barang berharga dari badannya sebelum membawanya ke bahagian belakang hotel.

Tidak lama kemudian muncul beberapa orang lagi rakannya sebelum seorang lelaki dilihat membawa keluar televisyen dan beberapa barangan lain sebelum meninggalkan hotel berkenaan.

Samun TV

Di bawah ini rakaman CCTV yang dimaksudkan sila klik untuk menonton



Klik link ini jika video lambat muncul — YouTube

Post a Comment

1 Comments

  1. JUDI ONLINE TERBESAR
    WWW.QQ96ACE.ONLINE
    Minimal deposit 25rb
    Newmember Bonus 10%
    Bonus harian 20%
    Poker Freechips 5rb setiap hari
    Info Lebih Lengkap Hubungi Kami :
    WA +62 823 6229 3153
    BBM : 96ACEIDN
    Line : 96ACEIDN
    IG : QQ96INDO

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda