Loading...

Ifan Seventeen kongsi detik ngeri dibadai dan ditarik tsunami ke tengah laut (bahagian 2)

SAMBUNGAN dari kisah sebelum ini. Jika anda terlepas episod pertama, sila klik — Bahagian 1

Selepas terpegang sebuah kotak Ifan merasakan seperti kembali mendapat tenaga, dan harapan, lantas dia menarik kotak itu untuk timbul ke permukaan air dan mengambil nafas.

"Orang ternyata di permukaan air laut ini (ketika itu) masih berteriak, masih menangis." kata Ifan mengimbau keadaan pada masa itu.

Kotak kecil selamatkan nyawa Ifan Seventeen

Ketika itu juga katanya dia melalui pengalaman yang sangat menakutkan, mendengar orang menjerit sekuat hati.

"Apabila orang berteriak sekencang-kencangnya, itu sebenarnya jadi teriakan yang sangat-sangat menakutkan,"

"Teriak sekencang mungkin itu sampai suaranya parau, sampai suaranya pecah, itulah yang didengari, semua orang berteriak,"

"Ada yang berteriak, ada yang (melaungkan) Allahuakbar, sekencang mungkin, ada yang (menjerit) tolong, ada yang (berdepan) sakaratul maut," katanya.

Menurut Ifan, dia memegang kotak itu bersama 4 orang lagi individu. Ketika itu Ifan memberikan arahan agar mereka sama-sama menolak kotak itu menjauhi kumpulan orang ramai.

"Jadi gua teriak, dorong, dorong, dorong, maksudnya biar menjauhi kerumunan (kumpulan orang ramai) ini."

"Kita dorong Alhamdulillah bisa, selang seminit, tiga minit, melewati laluan itu sempit, dipenuhi mayat-mayat di kesamping. Kami berlima berenang penuh mayat, tendang mayat, mayat sahaja di mana-mana," kata Ifan.

Di pertengahan jalan, salah seorang berpisah kerana bertemu dengan sebatang kayu. Tinggal mereka berempat terus berenang ke arah daratan.

Namun kata Ifan, ketika itu mereka hanya boleh memegang kotak berkenaan dengan hujung jari kerana kotak itu tidak stabil, dan separuh tenggelam.

Jika terlalu kuat berpaut, kotak itu akan berputar dan tenggelam serta tidak boleh dipegang lagi. Maka Ifan ketika itu memberikan arahan kepada tiga lagi individu yang sama-sama bergantung kepada kotak itu bagi menstabilkannya.

"Berhenti, berhenti, seimbangin, seimbangin (seimbangkan). Ayuh kita sudah dikasi keselamatan dari Allah kalau ada satu orang yang gandulin (berpaut) berarti empat-empatya mati,"

"Jadi, gua cuba mengajak teman-teman yang tiga ini, dua orang cewek (perempuan) satu orang cowok (lelaki), yang satu agak keletihan, yang dua ini masih agak waras itu cewek, mencuba untuk berfikir lebih tenang," katanya.

Ketika itu menurut Ifan, ramai lagi mangsa yang cuba bertahan dan berenang di celah mayat-mayat yang timbul di permukaan air. Ada yang memegang kayu, meja, dan sebagainya.

Ketika itu Ifan dan teman-temannya yang berpaut pada kotak yang sama itu juga turut berusaha menjerit meminta pertolongan orang-orang yang berada di atas darat dari kejauhan.

"Woi tolong dong! Ini Ifan Seventeen, kami ini sudah mau mati! Tolong! Tapi saat itu gak ada yang nolongin (menolong)," kata Ifan.

Akhirnya dia mengarahkan mereka untuk berhenti meminta tolong. Kerana ketika itu menurut Ifan, manusia sudah tidak mampu menolong, hanya Allah sahaja yang boleh menolong mereka.

"Udah sekarang stop berteriak, stop minta tolong, kalau mereka bisa menolong, mereka udah nolong. Mereka gak menolong, kerana mereka gak bisa menolong," katanya.

Ketika itu, rombongan orang ramai yang sama-sama berenang ke arah daratan, secara perlahan satu persatu menjadi mayat, kerana kepenatan.

"Nah yang serombongan banyak ini, ada lapan, tujuh rombongan. Ini pelan-pelan juga jadi mayat, kerana capek (penat)," katanya.

Menurutnya, mereka terpaksa berjuang untuk terus hidup, lebih dua jam di tengah laut yang terbentang luas, dipukul ombak yang ganas dalam keadaan sukar untuk bernafas.

"Akhirnya gua melihat cuma gua rombongan sendiri sama di depan itu tiga orang, gua tidak kenal, kita selawatan (membaca selawat)," katanya.

"Ketika itu di tengah laut, kecil, kita itu sangat kecil, laut itu gede (besar), luas, langitnya luas, dan bulan purnama, kita udah cuba minta tolong ke manusia, teriak, teriak, udah mereka gak bisa menolong kita lagi, selain Allah," kata Ifan.

Akhirnya, mereka ditolak oleh ombak sampai ke pantai. Bersambung.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ustaz Pas dah cop kome semua ahli neraka sebab buat maksiat.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda