Loading...

KDEB Waste Management arah sub-kontraktor guna pemandu lori tempatan sahaja

SEBELUM ini tular rakaman video seorang pekerja Bangladesh mengaku sudah 8 tahun memandu lori tanpa lesen, dan lori yang dipandu dalam video itu merupakan lori sub-kontraktor KDEB Waste Management.

BACA — Pekerja Bangladesh mengaku 8 tahun pandu lori tanpa lesen.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Ramli bin Mohd Tahir menerusi laman Facebook rasmi syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada individu yang prihatin melaporkan insiden menerusi video berkenaan.

Ramli Mohd Tahir

"Pihak kami ingin melahirkan rasa kesal dengan insiden salah sebuah lori kontraktor kami yang didapati dipandu oleh warga asing yang telah ditularkan di media sosial," katanya.

Menurut Ramli, KDEB telah mengambil tindakan terhadap sub-kontraktor yang terlibat serta mengarahkan sub-kontraktor lain agar menggunakan pemandu warga tempatan sahaja yang memiliki lesen memandu yang sah.

"Pihak kami telah mengambil tindakan ke atas sub-kontraktor kami yang terlibat dan kami juga telah mengarahkan semua sub-kontraktor kami yang lain supaya memastikan mereka menggunakan khidmat pemandu warga tempatan yang mempunyai lesen memandu lori yang sah sahaja." katanya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak terus menular kan video berkenaan kerana boleh menjejaskan nama baik syarikat.

"Satu kes yang terjadi ini tidak sewajarnya dijadikan indikator seolah-olah kesemua sub kontraktor kami terlibat mengunakan pemandu warga asing." tambahnya.

Post a Comment

1 Comments

  1. mcm ni etika kerja org islam melayu....nak tunggu rakyat cari kepincangan dan nk tunggu kemalangan baru nk ambik tindakan yg bodoh.Ubah lh....tkde quality langsung hasil kerja glc dll yg diurus melayu mesia.Malu lh sikit.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda