Kena pukau selepas bahu ditepuk, warga emas serah RM6,000 kepada penjenayah

SEORANG warga emas berusia 62 tahun kerugian lebih RM6,000 akibat menjadi mangsa pukau selepas bahunya ditepuk lelaki warga Indonesia.



buku bank

Berdasarkan laporan polis, mangsa mendakwa bahunya ditepuk oleh seorang lelaki warga Indonesia di hadapan Petronas Taman Seri Orkid, Johor Baharu dan bertanya dia hendak ke mana.

Kemudian dakwanya datang seorang lelaki Cina telah membawanya ke sebuah kedai nombor ekor Toto di Jalan Hulubalang, Taman Ungku Tun Aminah dengan menaiki sebuah kereta berwarna kelabu.

Mangsa kemudian dibawa ke Public Bank, Jalan Nakhoda 12 Taman Ungku Tun Aminah untuk mengeluarkan duit dari sekeping resit kemenangan Toto yang ditunjukkan kepadanya.

Oleh kerana mangsa tidak mempunyai kad ATM, penjenayah berkenaan telah menyuruhnya untuk membuka buku akaun bagi mengeluarkan duit dari akaun miliknya.

Mangsa telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM6,000 kepada penjenayah lelaki berbangsa cina yang menunggunya di luar bank berkenaan.

Mangsa kemudian dibawa menaikki kereta oleh penjenayah Indonesia dan Cina berkenaan sebelum ditinggalkan di perhentian bas depan KFC, Taman Ungku Aminah.

Telefon bimbit jenama Sony Ericsson Xperia mini milik mangsa turut tertinggal dalam kereta berkenaan.

TAG

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan