Kenderaan SUV tak bersalah jadi mangsa terhumban ke dalam laut (video)

KEDERAAN tak bersalah jadi mangsa, itulah perkataan yang boleh diungkap bagi menggambarkan kejadian menyedihkan awal pagi tadi (20 Januari 2019) menyaksikan sebuah kenderaan jenis SUV berwarna putih terhumban ke dalam laut selepas hilang kawalan akibat dirempuh oleh sebuah kereta.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Kereta terhumban ke dalam laut

Berdasarkan pada rakaman video 'dashcam' sebuah lagi kenderaan lain yang berada di tempat kejadian, kemalangan itu berlaku pada jam 02:55 pagi, di atas Jambatan Pulau Pinang.

Rakaman video yang berlegar di laman sosial itu menunjukkan bagaimana sebuah kereta jenis Vios berwarna gelap dipandu laju "mencilok" dan memotong kiri sebuah kereta jenis Proton Wira, sebelum dilihat hilang kawalan selepas mengelak sebuah motosikal di bahagian kiri jalan.

Akibatnya, kereta itu telah merempuh bahagian belakang sebelah kiri sebuah kenderaan jenis SUV yang nampaknya dipandu secara sederhana laju.

Kenderaan SUV itu dilihat terbalik dan hilang kawalan lalu merempuh penghadang jambatan Pulau Pinang sebelum terhumban ke dalam laut dan hilang dari video.

Di bawah ini rakaman video kejadian berkenaan sila klik untuk menonton.





Media sebelum ini melaporkan, sebuah kereta terhumban ke laut di kilometer 4 jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai awal pagi tadi.

Ketua balai bomba dan penyelamat Perai, Azlan Hasan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2:54 pagi memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Beliau berkata sebuah kereta jenis Toyota Vios dengan pemandunya berusia 20-an cedera ringan akibat kemalangan.

Sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu dikatakan terjatuh ke dalam laut belum dapat dipastikan jenis kenderaan dan status mangsa.



Operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan disertai oleh pasukan polis marin.

Seorang pemancing yang berada di bawah jambatan yang memancing di kawasan tiang bawah jambatan, bersama dua rakan dilapor menyaksikan kejadian itu, namun tidak menemui sesiapa dan tidak dapat memastikan jenis kenderaan terbabit.

1 Comments

  1. hukuman berat patut dikenakan kat pemandu kurang ajar
    ynag meragut nyawa

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan