NGO Wanita tak puas hati dengan kempen cegah zina oleh LPPKN

BEBERAPA buah NGO Wanita dilapor tidak berpuas hati dengan kempen mencegah zina "SayNo2Zina" oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Pengarah Program Woman Centre for Change, Pulau Pinang, Karen Lai dilapor berkata, mesej yang diguna dalam kempen untuk mencegah kehamilan dan pembuangan bayi tidak menyatakan isu berkenaan.



"Mesej yang muncul dilihat bersifat moralistik dan menghukum. Meskipun kita faham bahawa niat kementerian untuk menangani apa yang dilihat sebagai punca kehamilan dan pembuangan bayi, mesej 'jaga diri,' dan 'Stay abstinent,' yang disampaikan tidak membantu." katanya.

Poster kempen cegah zina berkenaan boleh dilihat di laman sesawang rasmi LPPKN, dengan cogan kata, "Semua agama menegah kelakuan seks sebelum berkahwin," bersama dengan hashtag #jagadiri dan #stayabstinent serta "sayno2zina," yang dicetak dengan huruf tebal.

Kempen Cegah Zina LPPKN

Katanya, mengajak supaya patuh kepada agama tidak akan menyelesaikan masaalah.

"Kita nampaknya berundur ke belakang menuju ke arah pendekatan konservatif terhadap situasi itu, berbanding memeriksa realiti sebenar keadaan masa kini yang lebih diperlukan untuk anak-anak kita dan membantu melindungi mereka," kata Karen Lai.

Menurut Karen Lai, apa yang diperlukan ialah mengajar anak-anak kepentingan anatomi tubuh, saling menghormati dan kematangan di dalam memahami akibat terhadap tindakan seseorang.

"Perkara yang sama penting ialah memberi penekanan terhadap peranan dimainkan oleh lelaki, tanpa menuduh atau meletakkan tanggungjawab terhadap wanita atau gadis di dalam melindungi maruah mereka," kata Karen.

Pandangan itu turut dipersetujui oleh Sivananthi Thanenthiran, Pengarah Eksekutif Asia Pacific and Research Centre for Woman (Arrow), yang mengatakan melalui hubungan seks dalam perkahwinan pun masih boleh berlaku paksaan, jangkitan penyakit, kehamilan tak diingini, dan penderaan seksual.



"Mungkin boleh melakukan seks hanya dalam perkahwinan, tapi masaalah ini tetap berlaku. Adalah penting untuk menekankan bahawa hormat antara satu sama lain, persetujuan, dan keseronokan bersama adalah komponen penting dalam suatu hubungan, berbanding sekadar institusi perkahwinan," katanya.

Menurut Sivananthi, mesej yang ditulis di atas poster berkenaan yang menyatakan seseorang harus menjauhkan diri dari seks sebelum berkahwin adalah bersifat keagamaan.

Tambahnya, banyak data dan bukti menunjukkan bahawa hubungan seks sebelum perkahwinan berlaku disebabkan oleh kejahilan dan kurang maklumat berhubung perihal seks dan pembiakan.

Katanya, terdapat keperluan untuk memberi pendidikan tentang konsep suka sama suka, dan paksaan berhubung hubungan seks dan luahan seksual.

"Walaupun jika seorang gadis itu alim, dia masih lagi seorang manusia dan ingin meneroka keinginan seksual dan meluahkannya, dan dia patut bebas melakukannya. Dia juga sepatutnya boleh melindungi dirinya dari hamil dan jangkitan penyakit seksual," katanya.

Pengurus Komunikasi Sisters In Islam, Majidah Hashim pula dilapor berkata, poster kempen berkenaan bercanggah dengan dasar Pembiakan Kebangsaan dan Pendidikan Kesihatan Sosial kementerian, "untuk meningkatkan pengetahuan berhubung kesihatan pembiakan seksual di kalangan rakyat Malaysia,"



Katanya polisi itu, bukan digubal untuk menjadi polis atau hakim moral kepada rakyat Malaysia, dan tambahnya poster itu hanya sedikit mengikut strategi pelaksanaan dasar.

Sementara itu, pegawai komunikasi dan advokasi Woman Aid Organisation, Tan Heang Lee berkata, tumpuan patut diberikan di dalam memperkasa anak muda dengan informasi berbanding memalukan mereka tentang seksualiti atau memberikan khutbah tentang memelihara kehormatan diri.

"Kajian menunjukkan pendidikan seksual yang hanya mengajar tentang memelihara kehormatan diri tidak berkesan di dalam mengurangkan kehamilan yang tidak diingini. Selain begitu tidak realistik, mesej seperti itu mengajar anak muda merasa malu tentang seksualiti mereka," kata Tan.

1 Comments

  1. Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya),

    Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.
    Dan orang-orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang.
    Dan neraka adalah tempat tinggal mereka.

    ajaran islam tak sama ngan kapir
    pertahankan hak islam janagn tunduk ngan kapir

    didik manusia ngan ajaran ugama
    hidup ni ada dosa n pahala kalau tak kira dosa pahala
    maka hidup la macam binatang

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan