
Mohd Nasir mendekati pelajar berkenaan dan bertanya kenapa dia berjalan tak angkat kaki?
"Kasut besar ustaz," jawab pelajar itu.
"Kasut siapa ni?" Mohd Nasir bertanya lagi.
"Kasut abang sekolah menengah," jawab pelajar itu.
"Kenapa pegang seluar?" Mohd Nasir bertanya lagi.
"Takut terjatuh seluar abang," jawabnya.
Perkongsian itu benar-benar menyentuh emosi orang ramai sekaligus menyebabkan ia menjadi tular di media sosial sejak semalam.
Beberapa gambar dan video turut dikongsi oleh Mohd Nasir.
Sedih melihat keadaan pelajar berkenaan, difahamkan Mohd Nasir segera membawanya berjalan-jalan dan membelikannya pakaian baru.

Di bawah ini rakaman video yang turut dikongsi oleh Mohd Nasir
0 Comments
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda