Penduduk dakwa tiang elektrik kena cabut lepas BN menang di Cameron Highlands (video)

PENDUDUK Kampung Mawar Tepian Desa, Cameron Higlands, Ramlah Ali mempersoalkan tindakan mencabut semula tiang elektrik yang telah dipasang selepas BN menang pilihanraya di Cameron Highlands sebelum ini.

"Masa nak mengundi letak tiang (elektrik), bila BN menang sahaja cabut tiang, apa guna letak lepas itu cabut balik, masa itu (zaman) Datuk G Palanivel," katanya.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Ramlah yang juga merupakan pengundi di Cameron Highlands, dilapor membidas kerajaan negeri yang disifatkan berat sebelah kerana memberikan kemudahan kepada penempatan orang asli di kawasan pedalaman.

Cabut tiang elektrik

"Orang Asli boleh bagi, takkan orang Melayu tak boleh?" katanya yang menggesa kerajaan negeri berlaku adil kepada semua kaum.

"Kerajaan BN memalukan, kenapa kerajaan boleh bagi kepada orang asli, kenapa tak boleh bagi kepada orang Melayu?" soalnya.

Menurutnya calon BN pernah berjanji akan membawa masuk elektrik ke Kampung Mawar Tepian Desa, tapi "janji tinggal janji" menyebabkan dia "sakit hati".

Penduduk kampung Mawar Tepian Desa di Kampung Raja, Cameron Highland, hidup seakan zaman dahulu tanpa elektrik dan air bersih sejak 1999 lapor FMT.

Meskipun terletak hanya 3KM dari Kampung Raja, sebuah perkampungan utama di daerah Cameron Highlands, dan 30km dari Tanah Rata, lebih kurang 165 keluarga di perkampungan tersusun itu hidup hampir 20 tahun tanpa elektrik dan air bersih.

Wakil penduduk, Salleh Mat Saman, 63 yang menetap di Cameron Highlands sejak 1974 berkata, permohonan demi permohonan kepada pihak berkuasa tidak dilayan.



"Banyak wakil rakyat datang saja 1999 janji sama kami akan usaha tapi sampai sekarang tidak ada apa. Bila kita mohon mereka kata nak bantu tapi senyap tanpa sebarang berita," katanya.

Menurut Saleh, penduduk sudah berusaha mendapatkan status tanah yang sah supaya bekalan elektrik dan air bersih boleh dibawa masuk, tetapi tidak dilayan oleh kerajaan negeri.

"Kali terakhir mohon tahun lepas, juga tak lulus," katanya.

Oleh kerana permohonan tanah dan TOL tidak diluluskan, 165 keluarga terbabit menetap di situ secara "haram". Pihak berkuasa pernah datang untuk robohkan rumah tetapi berjaya dihalang penduduk katanya.

"Mereka suruh kita kosongkan tempat ini,"

Menurutnya, penduduk terpaksa keluarkan wang yang banyak bagi memastikan kediaman masing-masing bercahaya di waktu malam. Kebanyakan pekerja dakwanya adalah pekerja ladang.

"Kami guna generator setiap rumah. Harga generator RM4,000 ke atas, kos minyak satu hari RM20, sebulan RM600. Kalau ada (bekalan) elektrik tidak sampai jumlah itu paling mahal RM100," katanya.

Tambahnya lagi, penduduk tidak diberi kemudahan asas walaupun alamat kad pengenalan menunjukkan mereka penduduk Cameron Highland oleh itu layak mengundi untuk memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil kali ini.

"Alamat kami di sini, tempat kami mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Raja. Undi kami mahu tapi elektrik tak bagi," katanya.

Katanya, Ahli Parlimen BN sebelum ini, Datuk Seri G Palanivel pernah beberapa kali datang melawat tapi gagal menyelesaikan masalah berkenaan.


1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan