Peragut kena belasah malam tahun baru (video)

SEORANG peragut kena belasah malam tadi selepas meragut seorang gadis depan bulatan The Shore, Melaka. Rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial Facebook sejak awal pagi tadi. Kejadian ini katanya berlaku pada jam 11:30 malam tadi.

Peragut kena belasah

Dalam rakaman itu, seorang lelaki berbadan gempal, dipercayai suspek kes ragut berkenaan diterajang beberapa kali oleh orang awam apabila dia dilihat kembali ke motosikalnya cuba untuk melarikan diri.

Namun orang awam bertindak bijak mengambil kunci motorsikal peragut berkenaan.

Orang awam di tempat kejadian pun nampaknya teragak-agak untuk menangkap peragut tersebut, mungkin kerana bimbang dia bertindak agresif.

Dari perbualan yang boleh didengar dalam video tersebut, difahamkan lelaki peragut ini sebelum itu telah meragut beg tangan seorang gadis berbangsa cina.

Di bawah ini rakaman video berkenaan. Sila klik untuk menonton.



Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan