Loading...

Tukang uli chapati kedai mamak jari berkudis

LAGI isu berkaitan kedai mamak tular di media sosial. Kali ini berkaitan pekerja tukang uli chapati dari India di salah sebuah kedai mamak yang tidak mementingkan kebersihan, di mana jari telunjuknya dilihat berkudis dan kemerah-merahan.

Gambar itu menjadi tular di media sosial selepas dibuat naik oleh Aidil Nezam menerusi akaun Facebook miliknya.



Jari berkudis

"Siapa suka lepak mamak? Ni ha untuk tatapan korang semua, tukang uli capati ni datang dari India (warga asing), tengok jari dia ada luka berkudis,"

"Kalau dia ada penyakit tibi ke HIV ke atau wabak penyakit yang berjangkit ke kita mana tahu pakai makan je, kerja dahlah tak pakai glove dan apron, ini kerja depan kedai belum tengok bahagian dapur masakan dia lagi," tulisnya.

Kejadian itu katanya berlaku dalam satu serbuan yang dibuat di salah sebuah kedai mamak petang semalam.

Aidil turut mengirim gambar bagaimana seorang jurugambar sedang mengambil gambar jari berkudis pekerja berkenaan.

Tukang uli chapati jari berkudis

Pihak berkuasa kini sedang rancak menyerbu satu persatu kedai-kedai mamak seluruh negara berhubung isu halal, dan penipuan menggunakan ayat Al-Quran bagi memperdaya pelanggan Muslim.

Maka tidak hairanlah sejak kebelakangan ini banyak isu-isu tentang kedai mamak menjadi viral di media sosial.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tangan penguli kotor korek hidung pegang apa2 benda didapur tak basuh ....terus uli tepung, roti canal.. .. Ueeek. ..

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda