Loading...

Lima sekeluarga dalam pacuan 4 roda jatuh sungai selamat, penyelamat pula hilang (video)

LIMA anggota keluarga termasuk seorang kanak-kanak yang berada dalam sebuah pacuan 4 roda jenis Mitshubishi Storm jatuh ke dalam sungai malam tadi. Kelima-lima mereka selamat, sebaliknya seorang individu yang menyelam cuba menyelamatkan mereka pula hilang.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Pacuan 4 roda jatuh sungai

Kejadian itu difahamkan berlaku belakang Hotel Sri Malaysia, berhampiran Pulau Warisan, Kuala Terengganu malam tadi sekitar jam 9 malam. Seorang individu daripada 3 orang yang menyelam cuba menyelamatkan keluarga itu hilang, dikhuatiri tertindih di bawah kenderaan terbabit.

Video rakaman detik cemas ketika pacuan 4 roda itu mula tenggelam, sebelum seorang lelaki dilihat terjun ke dalam sungai dan berenang ke arahnya, tersebar di media sosial sejak malam tadi.

Kedengaran suara seorang lelaki meminta sesiapa orang ramai pandai berenang di kalangan mereka yang berada di tebing sungai untuk membantu mangsa.

Tidak lama kemudian, individu sama selepas itu kedengaran memberitahu, lelaki yang menyelam cuba menyelamatkan mangsa pula hilang dari pandangan.

Berdasarkan maklumat tersebar di media sosial, 5 mangsa dalam kenderaan tersebut terdiri daripada seorang lelaki dewasa, 3 perempuan dewasa, dan seorang kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan oleh tiga orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Namun hanya dua orang awam yang cuba menyelamatkan mangsa berjaya naik ke darat manakala seorang lagi hilang dan dikhuatiri lemas. Pihak Bomba kini sedang berusaha mencari individu tersebut.

pacuan 4 roda jatuh sungai

Di bawah ini rakaman video detik kejadian berkenaan, sila klik untuk menonton video.




Post a Comment

3 Comments

  1. Inilah bahayanya kalau pompuan yang drive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya lagi kalau org gila yg memandu.
      Ramai dh menyesal bila org gila dijadikan pemandu kpd sosio ekonomi negara.
      Kenapa mrk gila?
      Yg baik ditgglkan kerajaan lalu sepatutnya diteruskan.Bukan dimansuh dan dibatal flip flop.Yg tak elok...mansuhkan dan ganti dgn yg lebih elok.

      Nie lah jadinya bila kita salah undi...undi org gila tadbir negara.
      Gila harta dan kuasa!

      Delete
    2. betul tu anon 20:08.

      nasib baik org gila tu dah kalah pru lepas. kalau tidak kita 7 keturunan jadi gila sebb jadi hamba kepada kuasa besar. sekarang dia tu masih gila merayau serata kampung.. terjerit2 sekampung.. bossku.. bossku.

      ada pulak lobai kampung cuba nk ubatkan sampukan tu.. akhirnya lobai itu pun tersampuk sama dan menjerit serta kampung … ana tau.. ana tau...

      Delete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda