Loading...

BNM serbu Cawangan Ambank untuk dapatkan maklumat akaun bank peribadi Najib

BANK Negara Malaysia (BNM) telah menyerbu sebuah cawangan AmBank dalam tahun 2015 untuk mendapatkan butiran akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak, dedah seorang pegawai dari bank pusat itu hari ini di mahkamah.





Najib di Mahkamah

Serbuan itu dilakukan sebelum ini ketika Najib masih lagi menjawat jawatan perdana menteri dan menteri kewangan.

Pegawai berkenaan, Azizul Adzani Abdul Ghafar, 41 memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia telah dipilih sebagai pegawai geledah dalam operasi berkenaan pada tarikh 6 Julai 2015, di bangunan AmBank yang terletak di Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur.

Menurut Azizul dia telah ditugaskan pada waktu itu bagi "menyerbu Ambank bagi membantu siasatan," berhubung kesalahan di bawah undang-undang anti pengubahan wang haram.





Azizul merupakan saksi kedua pihak pendakwaan yang dipanggil ke mahkamah berhubung wang RM42 juta yang diterima Najib dari anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Kata Azizul ketika serbuan dalam tahun 2015 itu, dia telah memberikan R. Uma Dewi, pengurus cawangan AmBank raja Chulan satu senarai akaun akaun bank yang diperlukan dalam siasatan BNM, dan pengurus itu kemudian telah menyediakan dokumen-dokumen yang diminta.

Dia kemudian mencatatkan senarai dokumen dokumen yang dirampas itu bagi siasatan pengubahan wang haram Bank Negara.

Dokumen-dokumen yang dirampas itu termasuk 8 folder yang mengandungi maklumat berhubung pembukaan 4 akaun peribadi milik Najib Razak, 3 akaun SRC International, dan satu akaun anak syarikat SRC International, Gandingan Mentari Sdn Bhd di AmBank.



Berdasarkan dokumen mahkamah sebelum ini, tiga daripada empat akaun bank peribadi Najib yang dibacakan di mahkamah hari ini merupakan akaun-akaun yang telah menerima sejumlah RM42 juta wang haram pada 8 Julai 2014 — jumlahnya ialah RM27 juta, RM10 juta dan RM10 juta masing-masing menerusi tiga akaun milik Najib.

Ketika ditanya oleh timbalan pendakwa raya Suhaimi Ibrahim tentang senarai dokumen-dokumen tersebut Azizul mengesahkannya.

Senarai 8 folder itu ialah:

1. Sebuah folder mengandungi borang pembukaan dan dokumen-dokumen sokongan untuk pembukaan akaun bank peribadi Najib dengan nombor akaun 211-202-201188-0 (akaun bank ini telah menerima wang haram sebanyak RM27 juta)

2. Sebuah folder mengandungi borang dan dokumen dokumen sokongan untuk pembukaan akaun bank peribadi Najib dengan nombor akaun 211-202-201189-8 (akaun bank ini telah menerima wang haram sebanyak RM10 juta)

3. Sebuah folder mengandungi borang dan dokumen dokumen sokongan untuk pembukaan akaun bank peribadi Najib dengan nombor akaun 211-202-201190-6 (akaun bank ini telah menerima wang haram sebanyak RM10 juta)

4. Sebuah folder mengandungi borang pembukaan akaun dan dokumen-dokumen sokongan untuk membuka akaun bank keempat milik Najib, bersama sepucuk surat dari Najib sendiri dan sepucuk surat pemberi kuasa.

5. Sebuah folder mengandungi borang pembukaan dan dokumen-dokumen sokongan untuk membuka sebuah akaun bank SRC International.



6. Sebuah folder mengandungi borang pembukaan dan dokumen-dokumen sokongan untuk membuka sebuah akaun bank SRC International.

7. Sebuah folder mengandungi borang pembukaan dan dokumen-dokumen sokongan untuk membuka sebuah akaun bank SRC International.

Sebuah folder mengandungi borang pembukaan dan dokumen-dokumen sokongan untuk membuka sebuah akaun bank Gandingan Mentari Sdn Bhd.

Menurut Azizul, dia telah menjalankan serbuan pada tahun 2015 bersama dengan tiga lagi pegawai pegawai dari bank Negara Malaysia.

Menurutnya dia mula menyertai bank pusat itu pada 19 Januari 2000 sebagai seorang pegawai eksekutif Dan telah dilantik sebagai seorang pegawai penyiasat pada tahun 2008.

Post a Comment

2 Comments

  1. Pergi mahkamah pakai lah jubah putih dengan ketayap ..

    Macam tak biasa pulak .

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda