Pesawat Airbus Air France lenyap dari radar selepas menghantar isyarat kecemasan

SEBUAH Pesawat Airbus Air France dari Paris menuju ke Mumbai hilang dari radar selepas menghantar satu isyarat kecemasan lapor Flightradar24.

Pesawat AF218 sedang terbang merentasi Iran berhampiran pusat bandar Istafan ketika isyarat kecemasan itu diterima. Pesawat itu dikatakan lenyap ketika ia mula mengurangkan ketinggian.

Air France Airbus A340

"Pesawat tidak ditemui. Pesawat AF218 ketika ini tidak dapat dikesan oleh Flightradar24. Sama ada ia di luar liputan ataupun telah mendarat," kata laman web pengesan pesawat itu.

Pesawat penumpang yang berlepas dari Paris pada jam 11.21am itu dijadualkan tiba di Mumbai pada tengah malam.

Maklumat lanjut menyusul.

Laman sesawang sputniknews.com pula melaporkan bahawa pihak berkuasa Iran pada hari rabu mengesahkan bahawa pesawat AF218 telah melakukan pendaratan kecemasan selepas ia hilang dari radar.

Mansoor Glass ketua pengarah jabatan pengurusan krisis gabenor Isfahan dipetik oleh laman web itu memaklumkan bahawa kesemua penumpang yang menaiki pesawat berada dalam keadaan sihat dan kini sedang dirawat di hospital.

Media tempatan Iran bagaimanapun tidak memperincikan apakah punca pendaratan cemas tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan