PTPTN mungkin benarkan tangguh bayar hutang jika gaji bawah RM4,000 apa akan jadi jika ini berlaku?

LEPAS aku bagi pandangan di laman web Kertas Konsultasi Rakyat PTPTN https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat/ tadi, aku tulis artikel ni sebab ini satu persoalan yang menarik:

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin akan melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan.



Ini kerana cadangan itu merupakan Manifesto Pakatan Harapan PRU14 dan termasuk dalam 10 idea kaedah bayaran balik dicadangkan hasil perbincangan meja bulat oleh PTPTN pada bulan Januari hingga Mac 2019.

Perbincangan meja bulat dan percambahan idea itu diadakan bersama pelbagai kumpulan berkepentingan yang terdiri daripada pakar kewangan, wakil rakyat, agensi berkaitan dan kumpulan pelajar.

APA IDEA-IDEA DARI PERBINCANGAN MEJA BULAT DALAM KERTAS KONSULTASI RAKYAT?

Berikut 10 idea-idea yang telah muncul hasil perbincangan meja bulat itu.

1. Penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan RM2,000 ke bawah.

2. Penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan bawah RM4,000

3. Menukar sistem bayaran balik sedia ada, kepada skim bayaran balik berasaskan pendapatan untuk peminjam baru — Income Based Repayment (IBR)

4. Potongan gaji mandatori

5. Melaksanakan penguatkuasaan sepenuhnya

6. Penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap mereka yang tidak membayar balik dalam tempoh yang lama

7. Melaksanakan sistem penjamin

8. Pemansuhan pengecualian bayaran balik graduan kelas pertama atau digantikan dengan pengecualian separa.

9. Mengurangkan jumlah pinjaman dan secara beransur-ansur menamatkan pinjaman kepada institusi pengajian Tinggi swasta dan kursus yang berprestasi rendah.

10. Menaikkan caj ujrah 1% kepada peminjam baru.



Aku difahamkan kesemua idea-idea ini akan dibawa kepada pihak kerajaan, dan jemaah menteri akan memutuskan mana satu idea yang akan dilaksanakan.

Maka ada kemungkinan bahawa pelaksanaan manifesto PH PRU14 (Tak payah bayar hutang PTPTN sampai dapat gaji bulanan RM4,000) akan dilaksanakan sebab tak tahan hari-hari orang tagih supaya PH laksanakan Manifesto.

APA AKAN JADI JIKA IDEA ITU DILAKSANAKAN?

Berbalik kepada persoalan awal, apa akan jadi kalau jika idea nombor 2, atau dalam kata lain jika Manifesto PH itu dilaksanakan?

PTPTN ada buat kajian, dan di bawah ini perkara-perkara yang akan berlaku jika Manifesto PH dilaksanakan (info ini berdasarkan Kertas Konsultasi Rakyat PTPTN)



1. Tempoh 6 hingga 15 tahun diperlukan untuk kebanyakan peminjam mencapai julat gaji RM4,000 (berdasarkan anggaran kenaikan 5% gaji setahun)

2. Peminjam hanya boleh mula bayar antara usia 29 hingga 38 tahun di mana pada masa yang sama komitmen kewangan diorang telah meningkat dengan ketara.

3. Ansuran bulanan juga mungkin lebih tinggi berbanding jika pembayaran balik bermula lebih awal. Tempoh masa bayaran balik terlalu panjang memberi risiko kewangan PTPTN.

4. Berdasarkan fakta semasa, 7 daripada 10 peminjam PTPTN (68%) berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan jadi pelaksanaan idea itu akan mengurangkan kutipan tahunan PTPTN sedia ada dengan ketara, kepada RM950 juta setahun berbanding sekitar RM3 bilion setahun yang berjaya dikutip dalam tempoh tiga tahun lalu.

Kutipan PTPTN

5. Jika ia dilaksanakan, hutang PTPTN (dijamin oleh kerajaan) akan melebihi RM100 bilion pada tahun 2040.

Jadi kalau kita lihat, pelaksanaan Manifesto PH akan beri impak kewangan yang sangat serius kepada kewangan negara.

Konsultasi Rakyat

PENYELESAIAN?

Pendapat aku lebih baik laksanakan idea nombor 3 tu, (bayaran balik berdasarkan pendapatan — Income Based Repayment) sebab idea tu nampak lebih adil dan seimbang.

Maksud aku lebih adil ialah, idea tu tidak terlalu menekan peminjam, dalam masa yang sama aku difahamkan ia tidaklah terlalu memberi kesan kepada kewangan PTPTN.

Kalau idea nombor 3 dilaksanakan, peminjam hanya perlu membayar ikut peratus daripada pendapatan bulanan.

Bagi peminjam yang tak ada pendapatan bulanan pula, bayaran balik boleh ditangguhkan. Manakala bagi peminjam yang mengalami penurunan gaji, kena buang kerja atau lain-lain yang berkaitan, ansuran bayaran balik akan diturunkan secara automatik.

Aku difahamkan juga SKIM ini akan mengambil kira tahap komitmen peminjam dengan kadar peratus potongan yang lebih berpatutan dan hanya akan dicadangkan untuk peminjam baru pada masa akan datang.

PTPTN ada buat survey minta pendapat orang ramai tentang berapakah peratus gaji yang patut dipotong untuk membayar balik hutang PTPTN dalam Kertas Konsultasi Rakyat.

Kau orang pun boleh bagi pendapat jom klik sini pergi ke bahagian Idea #3 untuk mengundi — [Link]

PTPTN beri masa untuk orang ramai berikan komen kepada idea-idea mereka di https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat/ tu sehingga 13 Jun, jadi kau orang kena cepat berikan pendapat masing-masing sebelum tarikh tutup.

Komen dan pendapat yang lewat dari tarikh 13 Jun 2019 tidak lagi diambil kira.

9 Comments

  1. PAKATAN HAPRAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai penyamun bodoh sebab suka makan rasuah dan makan duit haram. Ramai yang jijik kepada babi dan anjing tetapi mereka lebih hina dari babi dan anjing sebab makan rasuah dan makan harta rakyat. Sekurang2nya babi tidak masuk neraka dan ada seekor anjing yang dapat ke syurga tetapi macai2 makan rasuah ni boleh ke cium bau syurga apatah lagi nak masuk syurga? Buat haji dan umrah dengan duit haram dan duit rasuah tetap tak akan diterima Allah. Sendiri mau ingatlah wahai melayu kaki rasuah!

      Nick.
      Cape Tiger.

      Delete
    2. Harimau MATI dalam Terowong

      Delete
  2. Pakatan BABI Haram Jaddah...

    ReplyDelete
  3. Ekeleh...bukan ke kata dulu PTPTN ni nak dihapuskan kalau PH menang PRU....NYANYUK le tu!!!

    ReplyDelete
  4. Tak jadi apa2 pun....sembang je lebih!!!

    ReplyDelete
  5. Kalau masa pinjam dah buat akad dan bersetuju untuk meminjam dan berjanji untuk membuat pembayaran balik tapi bila dah kerja, liat pula dan bayar. Orang berhutang kita tau hukumnya apa. Bukan banyak pun boleh buat pemotongan minimum tak sampai pun jumlah duit bil telefon atau rokok. INGAT kewajiban kita sebagai peminjam dan beri peluang kepada mereka yang baru hendak melanjutkan pelajaran.

    ReplyDelete
  6. Bayar balik pinjaman berkadarkan 5% ikut gaji yg buat potongan kpd KWSP

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan