Pegawai PBT menyamar jadi tukang masak, pelayan untuk tangkap orang Islam tak puasa

PARA Pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS), diaporkan menyamar sebagai pengusaha gerai, tukang masak dan pelayan di dalam usaha untuk menangkap umat Islam yang tidak berpuasa ketika bulan Ramadan.

Tak Puasa

Presiden MPS, Mohd Masni Wakiman memberitahu akhbar harian berbahasa Inggeris, News Straits Times (NST) bahawa pihaknya bekerjasama dengan Jabatan agama Islam Segamat untuk mengesan individu beragama Islam yang tidak berpuasa terutama di kawasan gerai-gerai di bawah pemantauan MPS.



Katanya, terdapat 185 gerai-gerai dan premis makanan berlesen di bawah MPS yang terletak di 15 lokasi, antaranya termasuk Segamat, Bandar Putra IOI, Segamat Baru, Jalan Segamat Muar, Taman Yayasan, Buloh Kasap, Jementah, Batu Anam, dan Bandar Utama.

Katanya seramai 32 orang anggota penguatkuasa MPS, termasuk dua orang pegawai yang pandai membuat roti canai, teh tarik dan mee goreng mamak akan menyamar sebagai tukang masak, dan pelayan bagi menangkap orang Islam yang makan di 185 gerai-gerai makanan tersebut.

"Kami telah memilih secara khas pegawai-pegawai yang berkulit gelap untuk melakukan tugas penyamaran,"

"Mereka kedengaran meyakinkan apabila bercakap bahasa Indonesia dan Pakistan, jadi pelanggan akan percaya bahawa mereka benar-benar diupah untuk memasak, menyediakan makanan dan mengambil pesanan," katanya.



Tambah Mohd Masni, selepas pesanan makanan dibuat, anggota penguatkuasa akan mengambil gambar secara rahsia mereka yang makan dan segera melaporkan perkara itu kepada Majlis Agama Islam Segamat untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"MPS tidak mahu dilihat tidak membuat sebarang usaha bagi menangani isu umat Islam makan secara terbuka ketika bulan Ramadan,"

"Ia bukan sahaja tidak menghormati Islam, tapi juga memburukkan imej MPS, kerana tindakan itu dilakukan di gerai-gerai di bawah pemantauannya," katanya.

Dalam pada itu, kadi Segamat Baharin Jalal memberitahu NST bahawa beliau menghargai usaha yang ditunjukkan oleh agensi-agensi lain di dalam menjaga imej Islam.

"Saya juga menasihatkan peniaga-peniaga makanan tidak membenarkan umat Islam makan di gerai-gerai mereka sepanjang bulan puasa,"

"Tindakan sebilangan kecil umat Islam ini memalukan dan memberikan gambaran buruk terhadap Islam di mata individu yang berlainan agama," katanya.



Umat Islam dibenarkan untuk tidak berpuasa sekiranya mereka tidak boleh melakukannya, contohnya ketika bermusafir, atau sakit dan boleh menggantikannya pada hari yang lain.

Di bawah Seksyen 15, Enakmen Jenayah Syariah Negeri 1997, sesiapa yang menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM1,000 penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

3 Comments

  1. Gile ke makan kat luar. Ko tak puasa, tapau, makan la kat rumah. Kat bengkel aku. Ramai tumpang makan kat belakang stor. Nak masuk aku tak bagi, aku plak nak join dosa. Tu pasal kalau ko pegi kfc ke, nak beli dia bagi, ko nak makan situ memang kena halau la. Cuma segan la masuk restoran time bulan puasa, tgh hari plak tu.

    ReplyDelete
  2. Program penguatkuasaan terpuji seperti ini sepatutnya diperluaskan keperingkat nasioanal. Diharap menteri agama anak Yusof Rawa dapat memainkan peranan!

    ReplyDelete
  3. Salah dan tindakan tidak betul menyamar sebagai tukang masak untuk menyediakan makanan untuk orang tidak berpuasa adalah tidak beretika serta bersubahat perbuatan satu perangkap untuk menangkap orang islam tidak berpuasa lebih kepada perbuatan mengaibkan individu sepatutnya pendekatan diambil menghalang atau mencegah lebih islamik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan