Anwar yakin Tun Mahathir mampu pulihkan ekonomi dalam masa dua tahun

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa ekonomi negara akan dipulihkan dalam masa dua tahun berdasarkan perancangan dan pelaksanaan yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson berkata Perdana Menteri kini meletakkan beberapa agensi kerajaan di bawah seliaan yang baik bagi memastikan ekonomi negara terus meningkat.

"Selepas kita (Pakatan Harapan) menang tahun lalu, kita sedar ekonomi negara dalam keadaan kurang baik, ini bukan politik tetapi satu fakta dan rakyat perlu tahu tentangnya,"

"Saya yakin dan berharap dalam masa satu atau dua tahun, Tun (Mahathir) akan memulihkan ekonomi negara bagi meneruskan agenda membantu rakyat," katanya ketika bercakap dalam satu majlis berbuka puasa bersama Anwar di Aasjid Al-falah di Permatang Pasir hari ini.

Turut sama hadir, Exco Kesihatan, pertanian dan industri asas tani dan pembangunan luar bandar Dr Afif Bahardin bersama kira-kira 500 orang penduduk kampung yang menghadiri program berkenaan.

Dalam program itu, Anwar menyeru umat Islam di seluruh negara agar menghargai dan mengambil pengajaran dari Al-quran, dan berusaha untuk menutup jurang perkauman ketika bulan Ramadan.

6 Comments

  1. Menipu adalah perbuatan keji dan terkutuk. Teruskan berdoa dibulan ramadhan yang mulia ini untuk segera dihancurkan kerajaan PH yang dibentuk melalui siri2 PENIPUAN dalam skala besar2an dalam PRU14 yang lalu.

    ReplyDelete
  2. Hancurkanlah segala rancangan UMNO - BN dan jauhkanlah ahli PAS dari peminpin Kartel Dedak yang makan duit UMNO. Amin.

    ReplyDelete
  3. Klu ikut sejarah pm ke4... tiada yg mampu dibanggakan klu bab ekonomi. Apa lagi dgn keadaan fizikal yg makin mereput sekrg.

    Dulu dia kata perlukan 3 tahun utk pulihkan ekonomi negara. Tapi beberapa hari sblm prk rantau dia kata ekonomi negara dah pulih sepenuhnya.
    Nampak sgt pemulihan ekonomi hanya retorik utk menutup kelemahan mrk.

    Yg paling lawak...din pagoh perlukan 10 tahun utk pulihkan ekonomi negara.

    Rasanya baik korang bubarkan parlimen krn pihak sebelah lbh pakar dlm merancang ekonomi negara. Dan utk makluman najib pernah menerima anugerah sebagai menteri kewangan terbaik asia tahun 2016 berdasarkan rekod dan pengiktirafan pihak luar.

    Klu nak kencing pon...agak2 lah.
    Klu kepala asyik fikir nak pulihkan ekonomi anak..waris..proksi dan kroni......tak payah sembang kencang!!!!!

    ReplyDelete
  4. Viralkan demi selamatkan UMNO!!!!!!!!

    Ahli parti yang sayang UMNO wajib sokong pindaan fasal 9.9.

    #buang
    #bersih
    #baharu
    Takbir!

    ReplyDelete
  5. Ekelehhhh.....sudahlah ko Nuar oii....macam mana bodek pun kau tak akan dapat jadi PM de....ramai orang tak cayo sama ko...kaki temberang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakal pm ke8 yg bangang.
      Sepatutnya ko diam dan jangan tunjuk sgt yg ko kaki bodek mcm sadiq sigaraga tu. Berdoa bnyk2.
      Bukannya lari dari masjid ketika azan tengah berkumandang.
      Ptuuiihhhh!!!!!

      Nampak sgt gelaran 'sheikh' yg ko pernah dpt dulu hanya utk mengaburi mata raykat.
      Hendakkan jwtn tapi tak ikhlas utk bekerja. Hanya keseronokan dgn kuasa dan nama. Harap sial yg ko dpt...

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan