Loading...

Tindakan ubah bintang "jalur gemilang," jadi 5 bucu sengaja atau tidak?

SEJAK semalam kecoh tentang paparan bendera Malaysia "jalur gemilang," yang diubahsuai dalam satu pertandingan bola keranjang yang turut disiarkan menerusi siaran langsung di Facebook.

Dalam siaran langsung berkenaan, bintang pada "jalur gemilang," diubah dari 14 bucu kepada 5 bucu, manakala jalur merah putih yang sepatutnya 14 telah diubah kepada hanya 11 jalur.

Jalur Gemilang bucu 5

Perkara itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai, sekaligus mengakibatkan Facebook MABA (Malaysian Basketball Association) telah menerima ribuan kecaman dari orang ramai.

Persoalan yang timbul, adakah tindakan itu sengaja untuk menaikkan kemarahan rakyat Malaysia menerusi cetusan provokasi, atau tindakan luar sedar dan tidak disengajakan?

Kalau difikirkan secara waras, untuk seseorang menyediakan paparan bendera Malaysia dalam pertandingan berkenaan, tidak memerlukan penciptaan atau tindakan mereka semula bendera Malaysia yang sedia ada sejak berpuluh tahun lalu.

Sebaliknya hanya perlu pergi ke enjin carian sebelum menaip "imej bendera Malaysia," untuk bertemu dengan ribuan gambar bendera Malaysia yang betul. Ia tindakan yang begitu mudah!

Sebaliknya, untuk menghasilkan bendera Malaysia yang salah dengan bucunya diubah dari 14 kepada 5 dan mengurangkan jalur 14 kepada 11 itulah tugas yang lebih susah, di mana seseorang itu perlu mereka-cipta semula "jalur gemilang,"

Dalam erti kata lain, untuk memaparkan gambar bendera Malaysia yang salah itu memerlukan usaha yang lebih banyak, selain usaha itu tentu sekali disedari dan mustahil adalah tindakan di luar fikiran atau kesedaran seseorang.

Tambahan pula, pertandingan bola jaring seperti ini bukanlah kali pertama dianjurkan oleh MABA, sudah bertahun-tahun anjuran seperti ini dilakukan namun hanya tahun ini berlaku paparan "jalur gemilang," yang salah.

Machai cuba menangguk di air yang keruh

Di samping kemarahan dan polemik yang timbul akibat peristiwa di atas, sebahagian machai pembangkang cuba menangguk di air keruh dengan menuduh kononnya DAP dalang di sebalik tindakan memaparkan jalur gemilang yang salah itu.

Machai buat fitnah

Macam biasa fitnah mereka terkantoi di situ apabila tuduhan itu ibarat meludah ke langit di mana akhirnya kahak hijau jatuh kembali ke muka mereka sendiri.

Ternyata Presiden MABA iaitu persatuan bola keranjang yang memaparkan gambar jalur gemilang salah dalam pertandingan anjuran mereka merupakan ahli majlis tertinggi Parti Persatuan Orang-orang Cina Malaysia (MCA) yang juga merupakan komponen Barisan Nasional.

Fakta, pimpinan MABA dan AJK yang ada kebanyakannya pemimpin/bekas pemimpin/pendokong politik MCA. Takkanlah "orang MCA" tidak tahu dan tidak kenal 'Jalur Gemilang'. Logo MCA sendiri pun guna bintang yang ada 14 bucu, bukan 5.

MCA kantoi

Kalau nak kata Presiden MABA (Dato' Lua Choon Hann) terlepas pandang; apakah Setiausaha Agung MABA (Dato' Tiger Lee Yuen Fong; bekas ADUN MCA Temiang) pun terlepas pandang juga?

Kesilapan seperti ini nampak seperti sengaja dibuat-buat bagi menghangatkan suasana politik. MCA sedang cuba nak bermain politik jenis apa? Sengaja nak menggunakan pentas MABA untuk memperhangatkan isu?

Sejak menang Tanjung Piai, orang kuat MCA dah semakin kurang ajar sampai berani menghina jalur gemilang?

Post a Comment

3 Comments

  1. Hoi bodoh, cuba kau google sukan taekwondo october 2018 yg nuar brahim rasmi....ada bendera bucu lima lah bodoh...mca ngan dap sama je tp mca tak segila dap...kau jer yg bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak membodohkan orang tapi sendiri bengap..xde siapa menafikan kot kisah 2018 tu yg jadi masalah nak memfitnah orang tapi fakta sebenar bola keranjang ni ko cuba menafikan...sokong islam? ke sokong MCA kafir harbi? yang sebenarnya ko yang giler maha bodoh

      Delete
    2. Utk si bodoh fiq, agak2 lah nk sokong kapir....x kisah lah mca atau dap....pas mmg dah pernah duduk ngan dap....mca masih baru ...kalau mca mcm celaka, pas pun akan angkat kaki...rba atau penjilat dapig mcm kamu mana paham mudarat besar atau kecik...bodoh

      Delete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda