Loading...

Apa tujuan Najib Razak buat sumpah laknat?

SEBENTAR tadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru susulan kenyataan bersumpah (SD) yang dikeluarkan oleh Azilah Hadri.

Sumpah Laknat Najib Razak

Dalam SD itu Azilah Hadri, seorang bekas anggota polis, unit tindakan khas (UTK) mendakwa telah mendapat arahan "shoot to kill," untuk membunuh Altantuya Shaariibuu.

BACA — Dari Penjara Kajang, Azilah mengaku Najib Razak arah bunuh Altantuya.

Najib mengambil tindakan membalas SD itu dengan membuat sumpah laknat di dalam masjid di hadapan khalayak ramai. Berikut antara kandungan penting sumpah laknat Najib.

"Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu."

"Malah saya tak pernah berjumpa dan tak mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT ke atas diri saya."

"Dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat," lafaznya." Lafaz Najib selepas solat Jumaat hari ini.

Perlu diketahui, kenyataan bersumpah (SD) yang dibuat oleh Azilah Hadri, mempunyai implikasi undang-undang. Sekiranya dia membuat kenyataan palsu, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadapnya.

Manakala "Sumpah laknat," yang dibuat oleh Najib pula, sekiranya dia berkata dusta, maka jika Allah mengkehendaki, maka laknat Allah akan dijatuhkan ke atasnya kerana melakukan sumpah dusta.

Laknat Allah ke atas Najib terpulang kepada Allah dan ia tentu sekali di luar bidang kuasa dan pengetahuan manusia.

Sebelum ini juga Najib pernah melakukan "sumpah laknat," di dalam masjid, dengan mengaku tidak kenal dengan Altantuya.

Kita juga tidak tahu sama ada bencana yang bertimpa-timpa ke atas Najib dan keluarganya hari ini, dikenakan berpuluh tuduhan di mahkamah, hilang jawatan Perdana Menteri, isteri kesayangannya Rosmah dan ahli keluarga turut dituduh di mahkamah. adalah akibat dari dia telah melakukan sumpah dusta atau tidak.

Bukankah lebih baik Najib menentang SD yang dibuat oleh Azilah Hadri dengan cara membuat juga satu kenyataan bersumpah (SD) juga bagi mempertahankan dirinya. Jika kenyataan bersumpah itu palsu dia juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sekiranya Najib sekadar melakukan sumpah laknat dan menunggu laknat Allah ke atasnya yang tentu sekali tidak kita ketahui bilakah akan tiba sekiranya dia berdusta, ia tak lebih dari sekadar menimbulkan persepsi kepada rakyat terutama orang Melayu dan Islam, bahawa dia tidak bersalah.

Sumpah laknat dilakukan oleh Najib tidak dapat merungkai kebenaran, lebih kepada cuba membina persepsi dia tidak bersalah di kalangan orang Melayu dan Islam sahaja (orang bukan Islam pasti tidak percaya dengan sumpah begitu).

Kesimpulannya, sumpah laknat dibuat oleh Najib sebentar tadi sekadar propaganda "fundamentalisme" untuk menggambarkan dirinya tidak bersalah, kerana jika dia berdusta pun dalam sumpah itu rakyat takkan tahu.

Dalam Al-Quran sendiri Allah telah memberi peringatan tentang orang yang suka menggunakan sumpah sebagai perisai untuk menyelamatkan diri dan harta benda daripada dibunuh atau dirampas.

"Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan."

Post a Comment

20 Comments

  1. Najib kata hanya takut kepada Allah tapi anak bininya datang nampak aurat.Bukan nak aibkan orang tapi pelikkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti Hasmah...umok dah 93 tahun pun nampak rambut apa citer...Bukan nak aibkan orang tapi pelikkan?

      Delete
  2. Dalam ramai2 jemaah masjid itu takkan seorangpun berani minta rosmah dan najwa tunggu Kat luar .Dedah rambut tu Haram hukumnya.respectla sikit dalam masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya dalam masjid....kalau dah keluar rumah tu kena tutup lah....Macam bini Matdey Kutty...Bukan nak aibkan orang tapi pelikkan?

      Delete
  3. Azilah bersumpah pun dikira laknat juga..

    Nuar & jemin tak mau sumpah.. penakut?? sebab mmg kaki tibai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul....betul....betul...

      setuju...setuju...setuju..

      saja nak tanye...SD si Azilah tu ada orang derafkan ke!!!...tanye je...

      Delete
    2. tak perlupun bersumpah laknat kalau kau tak salah dan percaya kat tuhan

      Delete
    3. Jemin jamban dan Nuar Al Juburi tak dak tulur!!!

      Delete
  4. Musa sari dan razak baginda pun taknak sumpah laknat ke. Namanya kan turut disebut2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumpah laknat untuk level najib je.betul2 terdesak

      Delete
    2. ya ka.....hmmmmm....

      Delete
  5. muka rosmah menyeramkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm....nek Hasmah pun seram jugak!!!

      Delete
  6. Harap2 ada agamawan2 dan mufti2 yang boleh kuarkan dalil2 Al Quran dan hadis yang menyatakan sumpah muhabalah (laknat) ini ada dalam hukum Islam dan terpakai untuk kes2 jenayah serta berupaya membersihkan tuduhan jenayah seperti membunuh ni!. kalau takde, harap agamawan dan tok2 mufti membuat pembetulan dan menolak kerja2 bodoh seperti sumpah muhabalah kononnya untuk mensucikan diri dalam kes2 jenayah.

    Dalam Al Quran, sumpah laknat ni hanya terpakai dalam kes suami menuduh isteri berzina tanpa membawa 4 orang saksi dan Allah SWT takde pulak suruh buat sumpah laknat ni dalam kes2 jenayah seperti curi, rogol, zina, rasuah dan bunuh. Malah dalam kes zina pun, pihak berkuasa mesti ada saksi 4 orang dan tak perlu buat sumpah laknat ni! Sumpah laknat ni hanya terpakai untuk SUAMI yang menuduh isterinya berzina TANPA 4 SAKSI!

    AZILAH tu tuduh Najib berzina ke? Najib tu isteri Azilah ke? Azilah tu suami Najib ke? Kes ni kes suami tuduh isteri berzina ke? Kalau sumpah muhabalah ni ada dalam kanun jenayah islam dah lama dah mahkamah tu pupus sebab semua penjenayah2 akan buat sumpah laknat dan tak perlu ada perbicaraan. Apa lah bodoh nya melayu ni?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  7. Mana ahli keluarga Najib yang lain?

    Mana ahli keluarga Rosmah yang lain?

    Mana artis-artis yang naik hantu mempertahankan Najib dulu?

    Siasatan perlu di jalan kan segera. Jangan dah banyak kerosakan baru nak bertindak. Siasatan tak perlu tunggu mahkamah dengar kes SD Azilah.

    Suspek perlu di reman. Seperti mana Azilah dan Sirul di reman.

    Orang nak mati memang terdesak tapi tak kan menipu. Dia UTK dan mula syak ada yang tak kena. Dalam filem, agent akan sembunyi sesuatu yang penting untuk melindungi diri dia.

    Hukuman gantung selalu nya bertahun dan boleh merayu. Sekiranya Najib masih berkuasa, dia boleh uruskan rayuan Azilah.

    Adakah rayuan Azilah akan di tolak? Tak mungkin. Azilah dan Sirul pernah jadi escort Yang Di Pertuan Agong dan TPM seperti mana Najib kata kan.

    Azilah tak rela di penjara se umur hidup. Dan peluang terbaik ia lah apabila Najib di heret ke mahkamah kes 1MDB dan SRC.

    Peluang Azilah tipis dan kebenaran tertutup Jika Najib tidak di dakwa di mahkamah seperti mana yang berlaku sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kata ko!!!

      Delete
    2. Apa kata kau pulak?

      Kalau kau tak ada apa nak kata.. Ada juga lah kebenaran kata 09 57.

      Semua alasan Najib menafikan penglibatan dia tak kuat.

      Se kuat-kuat Najib.. dia akan menjadi lemah.. Nak tunggu April sikit punya lah lama..

      Peguam Shafie memberi kenyataan yang Najib pun mahu membersihkan nama dia dan mengharapkan perbicaraan mahkamah. Apa tujuan Najib buat sumpah ?

      Lepas ni rumah Najib akan di kunjungi oleh Bomoh dan tiap malam jumaat panggil anak yatim baca Yassin.

      Delete
  8. Kesian cytro najib. Cuma boleh tulis satu baris ko bodoh dsb. Hujah tak ada. Org lain tak sumpah laknat sebab mrk tahu hukum hakam. Apa kata jika azilah pun sumpah laknat? Last2 balik ke mahkamah jg utk menentukan kebenaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berani ker azilah bersumpah laknat??!!!
      Kenapa tak buat 12 tahun yg lepas??!!!

      Apa yg puak semburit meroyan giler dgn sumpah laknat najib?
      Dah terasa kena laknat ker??
      Hihihi...

      Sepatutnya puak semburit nie meraikan sumpah laknat najib tu selama seminggu dgn kencing merata2.
      Kan dlm sebaris kata2 najib tu ada mengatakan akan jatuh laknat kpdnya jika dia berbohong.
      Maka puak semburit tggu jer najib kena laknat jika dia berbohong... tunggu jerlah!!!
      Mgkin najib kena sambar petir ker..giler ker...sasau ker..

      Najib dah simpan baris ayat yg puak semburit nantikan dlm sumpah laknatnya...buat apa meroyan.

      Lagipun yg menyarankan najib bersumpah laknat adalah yb2 puak semburit yg dah jadi menteri skrg nie. Kecoh pulak..


      Atau puak semburit takut vvip puak semburit yg buat fitnah tu mati kena petir atau jadi gila babi....hihihi

      Yg dengar sumpah laknat najib boleh rasa gerun wlpun tak terlibat langsung apatah lagi yg 100% terlibat memfitnah.
      Yg tak terasa langsung tu sama ada dah meninggal atau dah confirm gila....hihihi

      Delete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda