Sirul juga tawar dedahkan siapa arah bunuh Altantuya

KELMARIN bekas Anggota Polis, Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri menggemparkan negara apabila membuat kenyataan bersumpah dari Penjara Kajang, mendakwa bekas Perdana Menteri Najib Razak adalah individu yang mengarahkannya untuk membunuh Altantuya.

BACA — Dari Penjara Kajang, Azilah mengaku Najib arah bunuh Altantuya

Jika kita imbas tahun lalu, rakan sejenayah Azilah, iaitu Sirul Azhar Umar, 45 yang kini dalam tahanan di Brisbane Australia, turut dilapor menawarkan diri untuk mendedahkan siapa individu yang mengarahkannya untuk membunuh Altantuya.

Sirul Azhar Umar

Namun dalam laporan bertarikh 20 May 2018 (11 hari selepas Pakatan Harapan mengalahkan Barisan Nasional pada 9 May 2018) itu katanya, dia hanya akan berbuat demikian sekiranya diberikan pengampunan penuh oleh kerajaan baharu Malaysia.

"Saya bersedia membantu kerajaan baru bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku jika kerajaan sekarang menjanjikan pengampunan penuh kepada saya," kata Sirul.

Sumber — hmetro.com.my

"Tanpa pengampunan penuh daripada yang di-pertuan agong, Australia tidak boleh melepaskan saya daripada tahanan," katanya.

Menurutnya lagi dia bersedia bekerjasama dengan kerajaan baru untuk menjadi saksi sekiranya kes itu dibuka semula.

"Saya mengalu-alukan pertolongan daripada kerajaan Malaysia dan memohon kerajaan bekerjasama dengan kerajaan Australia bagi membebaskan saya daripada pusat tahanan imigresen di Brisbane Australia," katanya.

Sirul juga dilaporkan sedih apabila dia dan keluarganya menjadi mangsa kecaman orang ramai.

"Orang awam tak tahu bagaimana UTK berfungsi kerana kami kena ikut perintah," katanya.

Sumber — astroawani.com

Azilah dan Sirul telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Namun sampai ke hari ini, motif pembunuhan itu tidak diketahui, kerana secara logiknya tidak ada mana-mana manusia yang waras tergamak membunuh manusia lain tanpa sebab yang munasabah.

Jika Sirul dan Azilah membunuh Altantuya tanpa sebab atau sekadar suka-suka, mereka sepatutnya tidak dijatuhkan hukuman gantung sampai mati sebaliknya patut dihantar ke hospital bahagia, kerana tindakan itu lebih mirip kepada tindakan orang gila yang tidak waras.

Post a comment

9 Comments

  1. Pernah menonton video pengakuan sirul yg berada di australia.
    Cuma bezanya amat jauh dgn SD azilah.
    Jadi siapakah yg menipun di sini?

    Adakah sirul atau azilah yg dikatakan menerima rm10juta dpd vvip ph.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah kau jadi peguambela Najib.Bukan setakat rm10 juta,rm10 billionpun boleh kau sembang.

      Delete
    2. Yang menipu itu Boskurrr. Kamu pula penyokong manusia jahanam itu!

      Delete
    3. Bangang sungguh kau ni..org yg tunggu masa untuk di gantung sampai mati berguna lagi Ker walau pun di beri duit berbilion bilion sekali pun????

      Delete
    4. dah tentulah berguna ... boleh bagi kat anak bini keluarga, kalau buka kes balik ada can dapat hidup lama lagi, atau boleh urus dapat pengampunan macam nua atau kalau boleh kawtim macam guan eng lagi baik ...

      macam macam boleh guna diiik ...

      Delete
  2. mahligaiseni tu otak ayam..jadi jangan marah la law fikiran dia lam ruang lingkup kepala kecik tu jer..

    ReplyDelete
  3. Anon 10:06 Ini bukan soal duit berbilion tetapi soal maruah. Dulu semasa sebelum PRU14 mungkin dia tidak berani, takut hukuman gantung dipercepatkan. Tetapi sekarang PH memerintah sebab itu dia mula berani. Saya hormati pendirian Azilah membuat SD menuntut keadilan "sebenarnya" dapat dibuktikan tanpa dipengaruhi kuasa politik tertentu. Beliau berusaha membersihkan namanya dan keluarga yang tidak secara langsung terpalit dan yang paling penting tidak rela kematiannya dicatit dalam sejarah sebagai pembunuh kejam.

    ReplyDelete
  4. Apasal kerajaan baru xnak usaha untuk pengampunan penuh?? sbb risau kes tiada kaitan dengan yg di tuduh.. tp berabis nak org mengaku salahkan yg mereka tuduh...Azilah dpt la sbb dlm negara...sirul xdpt bro sbb kuasa xda... haha

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wr Wb

    Apakah Anda memiliki masalah keuangan dan Anda sedang mencari bantuan Pinjaman asli, Kami di sini untuk membantu Anda dengan Pinjaman untuk meringankan bisnis Anda dan menyelesaikan semua hutang Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang Anda untuk finansial kebebasan.Kami menawarkan yang berikut ini.

    √ Pinjaman Bisnis Besar

    √ Pinjaman Bisnis Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman mobil

    √ Pinjaman Pertanian Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk proyek jangka panjang atau pendek

    √ Mulai Pinjaman bisnis

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Proyek yang ada

    Mengapa Anda harus memilih kami.

    Kami memberikan pinjaman dengan suku bunga yang sangat rendah

    Tidak masalah dari negara mana Anda berasal, kami akan meminjamkan Anda.

    Proses kami sangat mudah dan sederhana. sangat orang bisa memahaminya.

    Kami adalah perusahaan yang sangat jujur dan dapat diandalkan.

    Kami tidak memberikan informasi pribadi Anda kepada siapa pun,

    informasi Anda aman bersama kami.

    Tujuan utama kami adalah meminjamkan sebanyak mungkin yang Anda inginkan dan siap untuk mendapatkan pinjaman, Anda harus mengatakan pada diri sendiri cukup, Anda tidak dapat terus membiarkan kurangnya uang membatasi pertumbuhan bisnis Anda. hubungi kami dengan informasi kontak kami di bawah ini dan biarkan kami bergandengan tangan dengan memberikan Anda pinjaman yang akan membantu mengembangkan bisnis Anda. Anda tidak perlu khawatir, kami sangat dapat dipercaya dan Bersedia meminjamkan Anda.

    Hubungi kami dengan:
    Perusahaan:  Femi Otedola Loan Firm  
    Email: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    Email: femiotedolaloanfirm1@Outlook.com
    WA: 1(469) 464-5833 (Chat only) 
    Call: 1(469) 464-5833 (Calls only) 

    atau kunjungi Situs web kami dan gunakan Kontak Kami dan kami akan membalasnya kepada Anda.

    Situs web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari bantu mengembangkan bisnis Anda.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda