Jabatan Penjara tolak dakwaan Azilah jumpa VVIP di luar penjara

AZILAH Hadri, bekas anggota polis unit tindakan khas (UTK) yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, tidak pernah menjejakkan kaki di luar Penjara Kajang sepanjang tahun 2019, kata Jabatan Penjara hari ini.

Tan Sri Shafee Abdullah

Jabatan itu memberi maklum balas terhadap tuduhan peguam Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah semalam, yang mengatakan kononnya Azilah telah dibawa keluar dari penjara dan melanggar prosedur kerana bertemu dengan seorang "VVIP"

"Malah penama berkenaan tidak pernah dibawa keluar dari penjara sejak 15 April 2015."

"Kali terakhir dia dibawa keluar dari penjara Kajang adalah pada 15 April 2015 kerana menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Sepang," kata jabatan itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Tiada sebarang rekod menunjukkan Azilah pernah meninggalkan penjara atas sebarang alasan sejak dari itu.

Azilah telah dilawati sebanyak 34 kali oleh ahli keluarga dan bertemu dengan peguam-peguam sebanyak 15 kali sepanjang tahun lalu.

"Oleh itu sebarang kenyataan oleh mana-mana pihak yang mengatakan bahawa Azilah hadri telah dibawa keluar dari penjara Kajang tahun ini untuk bertemu seorang VVIP langsung tidak benar,"

Azilah telah membuat satu kenyataan berkanun yang disiarkan minggu ini sebagai sokongan kepada permohonan semakan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan tahun 2015 yang mengekalkan sabitan bersalah terhadapnya.

BACA — Dari penjara Kajang, Azilah mengaku Najib arah bunuh Altantuya

Menerusi kenyataan berkanun itu, Azilah membuat pengakuan mengejutkan mendakwa dia telah mendapat arahan terus untuk membunuh Altantuya dari Najib Razak yang katanya turut menjanjikan perlindungan kepadanya.

Semalam Syafee mendakwa bahawa Azilah telah dibawa keluar dari penjara Kajang dalam bulan Februari untuk berjumpa dengan seorang VVIP yang tidak dinamakan.

Dalam tahun 2009 Azilah dan seorang lagi bekas anggota UTK, Sirul Azhar Umar, telah disabitkan bersalah membunuh Altantuya dalam tahun 2006 namun dibebaskan dalam tahun 2013 selepas membuat rayuan.

Sirul yang telah terbang ke Australia sebelum menghadapi perbicaraan dalam tahun 2015 di Mahkamah Persekutuan, sebelum ini menawarkan untuk memberitahu segala cerita sebenar tentang pembunuhan Altantuya sekiranya diberi semakan semula terhadap hukuman mati terhadapnya, namun pihak kerajaan dilapor menolak tawaran itu.

BACA — Sirul juga tawar dedahkan siapa arah bunuh Altantuya

4 Comments

  1. Cara SD tu dibuat mcm dah ada dalangnya.

    Sirul dlm video dibuat di australia bersumpah laknat yg najib tak terlibat.
    Jumaat nie pula najib akan mengulangi sumpah laknatnya tidak terlibat. Mgkin elok pihak semburit yg mengarang ayat utk najib bersumpah laknat nanti kan elok juga...

    Harap najib dpt bawa sekali anwar, rawther, azmin dan haziq sekali dlm majlis bersumpah laknat ramai2.

    Pengajaran dah ada, pi bala pernah bersumpah laknat dgn kitabnya lalu terkorban serta merta. Ramai yg kata sumpah laknat pi bala tu fitnah sehingga dia dilaknat oleh sumpahnya.

    Jika benar, anwar dan azmin mgkin dah menolak krn takut jadi spt pi bala.

    ReplyDelete
  2. Anon 18:40 - Saya setuju kalau boleh mereka bersumpah laknat secara berjema'ah di masjid berkenaan pada 26 Disember 2019 sempena kejadian gerhana matahari pada tarikh dan waktu tersebut. Waw ada berani ka?

    ReplyDelete
  3. Harap pihak penjara buat laporan polis berkaitan perkara ini. Dakwa orang yang bertanggungjawab memalukan Jabatan penjara.

    ReplyDelete
  4. Tak benar sama sekali Azilah jumpa VVIP! - Jabatan Penjara https://www.youtube.com/watch?reload=9&v=BU9i1DSSA8M

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan