Warga emas tabur wang atas jalan lepas rompak bank sambil ucap 'Selamat Hari Krismas'

SEORANG lelaki berjanggut putih dilaporkan cuba menggembirakan orang ramai sempena hari Krismas dengan cara merompak sebuah bank di Colorado sebelum menabur wang hasil rompakannya di atas jalan sambil mengucapkan "Merry Christmas,"

Pihak polis tempatan dilapor berkata, "lelaki tua berkulit putih," itu telah merompak Academy Bank ketika waktu makan tengah hari pada hari Isnin. Suspek bernama Wayne Oliver, 65 melangkah masuk ke dalam bank berkenaan sambil mendakwa mempunyai senjata di dalam sakunya.

Wayne Oliver

Menurut pihak polis suspek telah "mengugut untuk menggunakan senjata itu," sebelum meninggalkan bank dengan sejumlah wang tunai yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Menurut saksi yang melihat kejadian itu, suspek telah meninggalkan bank bersama wang tunai, namun dia tidak melarikan diri sebaliknya didakwa memilih untuk berkongsi hasil rompakan itu dengan orang ramai sebaik sahaja melangkah keluar dari bank berkenaan.

"Dia mula menabur duit dari dalam beg kemudian mengucapkan, 'Merry Christmas!'" kata Dion Pascale, salah seorang saksi yang dipetik oleh 11 News.

Seorang lagi saksi mendakwa Oliver kemudiannya berjalan ke sebuah Starbucks berhampiran, dan duduk di hadapannya sambil menunggu untuk ditangkap.

"Ia nampak seperti, dia sengaja mahu ditangkap," kata Pascale.

Orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dilaporkan ada yang mengambil duit tersebut dari atas jalan dan mengembalikannya kepada bank berkenaan.

Menurut polis "ribuan dolar," lagi wang masih tidak dapat dijumpai, lapor The Denver Post. Menurut pegawai penyiasat, tidak ada sebarang bukti Oliver ada menggunakan senjata dalam rombakan itu.

Oliver kini ditahan El Pasir Country, di mana dia akan menyambut Krismas di dalam penjara sementara menunggu hari perbicaraan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan