Rupanya ini punca rumah orang Melayu Kampung Segambut Permai kena roboh [Video]

HEBOH di media sosial semalam isu rumah orang Melayu Kampung Segambut Permai, Kuala Lumpur dirobohkan. Pelbagai reaksi netizen menyalahkan kerajaan atas tindakan perobohan itu.



Namun menurut salah seorang penduduk yang telah ditemubual di kawasan berkenaan, punca perobohan itu ialah kerana mereka sebelum ini telah dimainkan oleh Ketua Umno Cawangan Segambut Permai.

Rumah Melayu Kampung Segambut Permai dirobohkan

"Kami sebenarnya tak pernah pun sain apa-apa agreement (perjanjian), ketua cawangan yang dah mainkan kami, dia cakap kami semua dah bagi persetujuan di mahkamah sedangkan saya tak pernah sain apa-apa dokumen pun," katanya.

Menurutnya Ketua UMNO Cawangan itulah yang telah menguruskan dengan pemilik tanah berbangsa Cina untuk merobohkan rumah-rumah penduduk.

"Ketua Cawangan yang buat kerja ni, Norhisham Nordin Ketua Cawangan UMNO, Segambut Permai, dialah yang telah menguruskan dengan tuan tanah Cina ni, dia cakap kami dah bagi persetujuan sedangkan saya tak pernah sain apa-apa dokumen,"

Dakwanya lagi, penduduk telah menerima dokumen dari mahkamah menyatakan mereka telah bersetuju untuk mengosongkan kediaman, sedangkan mereka langsung tidak pernah memberi persetujuan.

"Daripada surat mahkamah yang keluar pada tahun 2019, bulan 10, dapat perintah surat mahkamah, mengatakan kami semua telah bersetuju untuk mengosongkan rumah dan mengosongkan premis kami," katanya.

Bukan itu sahaja, malah salah seorang ahli keluarganya yang telah meninggal dunia setahun lebih awal juga dinyatakan dalam dokumen telah memberi persetujuan untuk mengosongkan kediaman.

"Sedangkan pakcik saya dah setahun lebih awal telah meninggal pun dalam surat mahkamah tu mengatakan dia telah bagi persetujuan," ujarnya.


1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan