Loading...

Bapa dikuarantin kerana suspek koronavirus, anak OKU di rumah mati kebuluran

DUA orang pegawai di China telah dilucutkan jawatan selepas seorang remaja kurang upaya yang mengalami 'cerebral palsy' meninggal dunia setelah bapanya yang merupakan satu-satunya penjaga remaja malang itu, dikuarantin selepas disyaki terkena jangkitan koronavirus.

Yan Cheng berumur 16 tahun, ditemui mati pada hari rabu seminggu selepas bapanya dan adik beradik yang lain dikenakan tindakan pengasingan.

Yang Cheng

Berdasarkan laporan sumber berita tempatan, remaja itu hanya diberi makan sebanyak dua kali sepanjang ketiadaan penjaganya.

Kedua-dua Setiausaha Parti Komunis tempatan, dan Datuk bandar Huajiahe telah dipecat susulan kes berkenaan.

Kisah kematian Yang Cheng turut menjadi viral di pelbagai halaman sosial media.

Keluarga Yang Cheng tinggal di tengah-tengah Wilayah Hubei, yang juga dipercayai merupakan pusat penyebaran (epicentre) wabak coronavirus.

Bapa remaja itu telah menulis dan mengirim mesej di platform media sosial yang popular di China, iaitu Weibo, merayu bantuan orang ramai dan menjelaskan bawa anak lelakinya telah ditinggalkan sendirian tanpa makanan dan minuman.

Cerebral palsy merupakan keadaan yang boleh dilihat kepada individu peringkat awal kanak-kanak, dan ia menjejaskan pergerakan dan koordinasi. Simptom penyakit itu pelbagai, ia termasuklah menggeletar, otot yang lemah, masalah bengkak, dan kesukaran melihat, bertutur, dan mendengar.

Pihak berkuasa sebelum ini telah mengumumkan bahawa satu siasatan akan dijalankan berhubung kematian remaja itu.

Setakat ini sejumlah 426 orang daripada 20,438 jangkitan koronavirus telah meninggal dunia di China. Sejumlah 188 kes jangkitan turut dilaporkan di luar negara China, dengan satu kematian disahkan terjadi di Filipina.

Badan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran jumlah kes dijangka akan terus meningkat dan pihak berkuasa China telah mengambil pelbagai langkah untuk mengekang penyebaran virus berkenaan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Data pribadi
    negara Indonesia
    Nama: Arif Hidayat
    Alamat: Jl.ds.lamangkona tawaeli
    Sudah dua tahun sekarang saya telah memberikan kesaksian tentang bagaimana saya meminjam Rp30 juta dari AVANT Loan Company dan beberapa orang meragukan saya karena tingkat penipuan online. AVANT Loan telah memberi saya satu hal lagi untuk tersenyum karena setelah menyelesaikan angsuran pinjaman bulanan yang saya pinjam sebelumnya, saya memohon kepada Ibu Deborah bahwa saya ingin pergi untuk ekspansi bisnis lebih lanjut sehingga saya menyerahkan tambahan Rp250 juta setelah melalui proses hukum saya. pinjaman disetujui oleh manajemen mereka dan saya menerima pinjaman saya dalam waktu kurang dari 2 jam di rekening bank BCA saya. Saya tidak memiliki tantangan dengan bank karena Bu Deborah dan tim manajemen pinjaman terbatas Avant telah dianggap sebagai pemberi pinjaman yang sah sehingga tidak ada masalah sama sekali.
    Untuk pinjaman apa pun, saya sangat merekomendasikan Avant Loans Limited hari ini dan selalu
    e_mail: [avantloanson@gmail.com]

    WhatsApp: +6281334785906

    Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda