Kadar kematian pula berjumlah 242, iaitu peningkatan dua kali ganda kematian berbanding semalam.

Difahamkan peningkatan kes-kes baru itu ada kaitan dengan perubahan kaedah pengesanan (diagnosis) individu yang dijangkiti Covid-19 lapor sumber berita South China Morning Post (SCMP). Dalam erti kata lain, kaedah pengesanan terbaru itu lebih tepat di dalam mengenal pasti individu yang telah dijangkiti.
Suruhanjaya Kesihatan Hubei dalam satu kenyataan yang dikeluarkan memberitahu bahawa pihanya telah mengubah kriteria pengesanan yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu kes, berkuatkuasa pada hari Khamis.
Ini bermakna para doktor kini mempunyai pertimbangan yang lebih luas di dalam menentukan seseorang pesakit itu telah dijangkiti oleh Covid-19.
Portal SCMP memaparkan jumlah kes jangkitan keseluruhan 60,107 orang dan jumlah kematian 1,363 manakala 5,576 lagi berjaya disembuhkan.

Sebelum ini para pesakit dilaporkan hanya melalui proses diagnosis menggunakan "test kits" yang mana bekalannya semakin berkurangan untuk memenuhi permintaan di seluruh negara.
Menurut Tong Zhaohui, naib presiden Hospital Beijing Chaoyang, langkah itu selari dengan ketetapan pengesanan terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Negara China, dengan mewajibkan proses diagnosis klinikal menggunakan CT Scans dan ujian-ujian lain.
Dr Ho Pak-Leung, seorang pakar perubatan dari Universiti Hongkong, menyokong perubahan kriteria pengesanan yang dilakukan di Hubei itu, katanya berdasarkan kriteria sebelum ini, segelintir pesakit mungkin meninggal dunia sebelum para doktor sempat untuk melakukan pemeriksaan susulan.
Sebahagian 13,436 kes-kes baru diumumkan pada hari Khamis disahkan di Hubei, ibu negeri Wuhan tempat di mana virus itu dipercayai mula merebak dari sebuah pasar menjual daging dan makanan laut.
Virus menyebabkan penyakit membawa maut itu yang kini dikenali secara rasmi dengan nama baru sebagai Covid-19 itu telah merebak ke sekurang-kurangnya 24 buah negara, lebih 60 ribu orang seluruh dunia telah dijangkiti, dan puluhan ribu individu lagi disyaki telah dijangkiti.
2 Comments
Berdoalah agar tak merebak berkali ganda dan ada kematian di negara kita.
ReplyDeleteKalaulah awal negara kita mencontohi beberapa negara jiran yg menutup terus pintu negara kpd negara yg terbabit mgkin kita tak perlu pening kepala.
Apa boleh buat kerana gila sangat mengejar wang sehingga nasib rakyat mgkin terabai.
Data pribadi
ReplyDeletenegara Indonesia
Nama: Arif Hidayat
Alamat: Jl.ds.lamangkona tawaeli
Sudah dua tahun sekarang saya telah memberikan kesaksian tentang bagaimana saya meminjam Rp30 juta dari AVANT Loan Company dan beberapa orang meragukan saya karena tingkat penipuan online. AVANT Loan telah memberi saya satu hal lagi untuk tersenyum karena setelah menyelesaikan angsuran pinjaman bulanan yang saya pinjam sebelumnya, saya memohon kepada Ibu Deborah bahwa saya ingin pergi untuk ekspansi bisnis lebih lanjut sehingga saya menyerahkan tambahan Rp250 juta setelah melalui proses hukum saya. pinjaman disetujui oleh manajemen mereka dan saya menerima pinjaman saya dalam waktu kurang dari 2 jam di rekening bank BCA saya. Saya tidak memiliki tantangan dengan bank karena Bu Deborah dan tim manajemen pinjaman terbatas Avant telah dianggap sebagai pemberi pinjaman yang sah baik di Amerika Serikat, MALAYSIA dan INDONESIA, sehingga tidak ada masalah sama sekali.
Untuk pinjaman apa pun, saya sangat merekomendasikan Avant Loans Limited hari ini dan selalu
e_mail: [avantloanson@gmail.com]
WhatsApp: +6281334785906
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda