Loading...

Plasma darah pesakit yang sembuh boleh diguna lawan coronavirus (Covid-19) — Penyelidik

KUMPULAN Syarikat Biotech Kebangsaan China, pada hari Khamis dilapor mengumumkan bahawa antibodi yang telah berjaya menyahaktifkan virus yang dikesan dalam plasma darah pesakit yang telah sembuh dari jangkitan Covid-19 boleh membunuh virus itu.





Sumber berita tempatan Beijing News pada hari Jumaat melaporkan, ujikaji yang dibuat membuktikan bahawa ia boleh membunuh virus dengan berkesan.

Covid-19

Menurut syarikat itu, pihaknya telah berjaya menyediakan plasma untuk rawatan klinikal selepas melakukan ujian keselamatan biologi darah yang ketat, diikuti dengan ujian penyahaktifan virus dan ujikaji antiviral.

Plasma itu telah digunakan untuk merawat 11 orang pesakit yang berada pada tahap kritikal, dan menghasilkan keputusan memberangsangkan katanya.

Fasa pertama rawatan telah dijalankan terhadap tiga orang pesakit kritikal di Wuhan, pada 8 Februari, dan plasma itu kini sedang digunakan untuk merawat lebih dari 10 orang pesakit-pesakit yang kritikal.

Ujikaji klinikal menunjukkan bahawa selepas 12 hingga 24 jam rawatan, petunjuk utama keradangan di makmal menurun dengan begitu ketara, kadar nisbah limfosit meningkat, petunjuk-petunjuk penting seperti kadar ketepuan oksigen dan kehadiran virus bertambah baik, selain tanda-tanda klinikal dan simptom bertambah baik secara drastik.

"Produk yang diguna untuk merawat coronavirus novel itu dihasilkan dari plasma darah dipenuhi dengan antibodi-antibodi yang didermakan dari pesakit-pesakit yang telah sembuh."





"Ia telah melalui proses menyahaktifan virus, dan telah diuji untuk melawan virus yang menaturalkan antibodi serta beberapa lagi mikroorganisma yang patogenik," kata syarikat itu seperti yang dipetik oleh sumber berita berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan keyakinan bahawa ekonomi negara itu akan kembali kukuh sebaik sahaja wabak Covid-19 berjaya dikawal.

Dalam satu sidang media di Berlin, menurut Wang kesan ekonomi terhadap China akibat virus berkenaan hanyalah sementara dan negara itu akan berusaha sedaya upaya untuk meminimakan impaknya.

"Saya yakin sebaik sahaja wabak ini berakhir, tekanan terhadap permintaan pengguna akan dikembalikan segera, dan momentum ekonomi akan melonjak kembali dengan asas yang kukuh," katanya.

Post a comment

1 Comments

  1. Data pribadi
    negara Indonesia
    Nama: Arif Hidayat
    Alamat: Jl.ds.lamangkona tawaeli
    Sudah dua tahun sekarang saya telah memberikan kesaksian tentang bagaimana saya meminjam Rp30 juta dari AVANT Loan Company dan beberapa orang meragukan saya karena tingkat penipuan online. AVANT Loan telah memberi saya satu hal lagi untuk tersenyum karena setelah menyelesaikan angsuran pinjaman bulanan yang saya pinjam sebelumnya, saya memohon kepada Ibu Deborah bahwa saya ingin pergi untuk ekspansi bisnis lebih lanjut sehingga saya menyerahkan tambahan Rp250 juta setelah melalui proses hukum saya. pinjaman disetujui oleh manajemen mereka dan saya menerima pinjaman saya dalam waktu kurang dari 2 jam di rekening bank BCA saya. Saya tidak memiliki tantangan dengan bank karena Bu Deborah dan tim manajemen pinjaman terbatas Avant telah dianggap sebagai pemberi pinjaman yang sah baik di Amerika Serikat, MALAYSIA dan INDONESIA, sehingga tidak ada masalah sama sekali.
    Untuk pinjaman apa pun, saya sangat merekomendasikan Avant Loans Limited hari ini dan selalu
    e_mail: [avantloanson@gmail.com]

    WhatsApp: +6281334785906

    Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda