Tuduhan jenayah punca Umno tubuh kerajaan campuran dengan Bersatu — Kadir Jasin

1. Kenyataan ringkas Bersatu mengatakan ahli Dewan Rakyat parti itu bersama feksyen Azmin Ali telah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

A Kadir Jasin

2. Sebagai penjelasan, ini bukan keputusan Bersatu. Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tidak dibawa berunding atau dimaklumkan mengenai hal ini.

3. Pendirian terakhir MPT yang dibuat dalam mesyuarat malam Isnin lalu ialah Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri.

4. Dalam perkembangan berkaitan, Umno dan Pas menyatakan sokongan kepada Muhyiddin. Ini tidak menghairankan.

5. Tidak seperti Dr Mahathir yang hanya bersedia menerima pemimpin Umno sebagai individu, Muhyuddin sanggup menerima mereka sebagai parti.

6. Prinsip Tun adalah beliau menghormati keputusan rakyat jelata yang menolak penjenayah kleptokrasi dalam PRU 2018.

7. Perlu diingatkan semula bahawa Bersatu adalah cetusan daripada kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat tahun 2016.

8. Dr Mahathir berulang kali mengingatkan MPT bahawa Umno "desperate" untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Bersatu kerana hari penentuan bagi para pemimpinnya yang sedang dibicarakan semakin hampir.

9. Sementara itu jenayah baru telah ditemui termasuk jenayah berat.

10. Jadi tidak hairanlah kalau mereka menggunakan slogan agama, bangsa, negara, maruah dan seumpamanya sebagainya perisai.

Wallahuaklam.Terima kasih.

A Kadir Jasin

8 Comments

  1. Tak payah nak main selamatlah pakcik oii!
    Kalau berani bubar parlimen.

    Bos ko mamak kutty tu sah gila kuasa. Dia yg khianat anwar. Mana ada yg berani langgar arahannya. Konon tak bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila kuasa bos ko tu sehingga sanggup derhaka dgn ydp agong. Tak payah salahkan org lainlah bangsat!!!!
      Org lain hanya pemain yg dicatur oleh firaun dan ko adalah ahli sihir sialnya.

      Meletak kesalahan pada org lain utk menutup sandiwara bangsat korang yg menjadi punca ketidakstabilan negara.

      Bangsat tua yg tak sedar diri!!!

      Delete
  2. Panggilan sidang parlimen 2 mac nyata membelakang dan derhaka kpd ydp agong. Sah bos ko gila kuasa.
    Bapak pengkhianat cuba diselamatkan maruahnya oleh penjilat tegar.
    Bangsat!!!

    ReplyDelete
  3. Nasib baik Kat johor, pas pun join masuk kerajaan negeri, kalau tak, riuh depan Istana org berguling guling Atas jln dgn alasan rampasan kuasa... Passss, Biase la. Aku buat boleh, org lain Haram. Neraka tempatnya. Sesat pun neraka, rampas kuasa (income) Mereka lagi la Haram.

    ReplyDelete
  4. Mahdey n gone eng tak ada buat jenayah ker?

    ReplyDelete
  5. Bos ko tu bodoh.
    Dia pencetus kemelut.
    Letak jwtn hujung mggu.
    Dpt sokongan 100%.

    Demand mcm2. Semua demi legasi sial penjenayah.
    Bila keputusan 50/50..ko sokong TSMY.
    Bila ph kata ada majoriti dan umpan ko jwtn pm...ko u_turn.
    Sampai sanggup derhaka dgn keputusan ydpa agong.

    Mmg sial lah bos ko tu. Lidah bercabang. Hidup demi legasi tamak haloba.

    Sanggup jadi pengkhianat.
    Pengkhianat adalah penjenayah yg paling nyata!!!

    ReplyDelete
  6. Tak puas hati kita bubar jer parlimen. Kalau berani.

    Jangan pula jadi perompak dgn merompak keputusan yg diperkenankan oleh ydpa agong.
    Siapa suruh letak jawatan tanpa maklum dgn ph?

    ReplyDelete
  7. Padan muka Atok dan Nek mah dimainkan(khianati) oleh anwar dan kak wan!!! Harap atok nenek dua orang ni pi bermanjalah lagi dgn azmin. Azmin tak pandai nak khianat sapa2. Dia cuma nak kayakan diri dia secepat mungkin selagi ada peluang supaya dpt bawa anak beranak melancong hujung tahun ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan