Loading...

12 rakyat Malaysia pulang dari Himpunan Tabligh di Sulawesi, Indonesia ditahan dan dikuarantin

SERAMAI dua belas orang rakyat Malaysia yang menghadiri himpunan tabligh di Sulawesi Indonesia, telah menjalani ujian Covid-19 dan dihantar untuk proses pengasingan (kuarantin) sebaik sahaja pulang ke tanah air.

Jemaah Tabligh Sulawesi

Kesemua 12 orang lelaki itu dipercayai tiba di Tawau pada petang hari Sabtu (21 Mac).

Menurut laporan The Star, yang memetik sumber memaklumkan anggota keselamatan termasuk polis marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, bersama beberapa pihak lagi mengiringi mereka kembali ke Tawau melalui jalan laut.

Sumber itu turut memaklumkan pihaknya menerima informasi bahawa kumpulan itu merancang untuk pulang selepas tiba di Sg Pancang Pulau Sebatik, Indonesia dari Sulawesi sekitar 9.50 pagi hari yang sama.

"Anggota kami telah pergi ke Pulau berkenaan untuk memeriksa informasi yang diterima dan membawa mereka pulang," kata sumber itu.

Mereka merancang untuk menyertai Ijtima Asia 2020 awal minggu ini namun majlis itu telah dibatalkan oleh kerajaan Indonesia susulan situasi wabak Covid-19 yang semakin memburuk.

Kumpulan itu kemudiannya mengambil keputusan untuk kembali ke Sabah melalui jalan laut.

Sebelum itu, setiausaha negeri Datuk Safar Utong berkata mereka yang mahu pulang dari Sulawesi, akan disekat masuk ke negeri itu.

Halangan itu berkuatkuasa selama 14 hari bermula 21 Mac katanya.

Post a Comment

8 Comments

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda