Loading...

Harga minyak dijangka turun lagi, harga minyak dunia diramal jatuh sehingga USD10 setong

INI mungkin menjadi berita baik kepada semua pengguna bahan api petroleum di negara kita. Harga minyak dunia dijangka akan terus menurun ke paras paling rendah sehingga USD10 setong. Maknanya kita akan menikmati harga minyak lebih rendah lagi tidak lama lagi.




Semua orang tahu akibat penularan wabak Covid-19, banyak negara-negara di seluruh dunia melaksanakan perintah larangan pergerakan di dalam memutuskan rangkaian jangkitan coronavirus.

Perkara itu secara tidak langsung menurunkan kadar permintaan minyak dan menurunkan harga bahan api fosil itu sekaligus berlaku lambakan minyak di pasaran dan dalam simpanan.

Ditambah pula dengan negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi yang bertegas mahu terus menghasilkan minyak meskipun telah berlaku lambakan di pasaran.

Dunia dilaporkan bakal kehilangan ruang untuk menyimpan tambahan bekalan minyak di kala Arab Saudi bersedia untuk meningkatkan penghasilan bahan api itu meskipun permintaan tenaga dunia merudum susulan wabak Covid-19 lapor The Guardian.

Harga Minyah turun

Paras fasiliti simpanan minyak di seluruh dunia telah melonjak sekitar tiga perempat berbanding kadar purata sejak penutupan pusat penapisan utama kawasan industri di China bagi mengekang wabak coronavirus.




Industri minyak dijangka akan terus mengisi bekalan minyak mentah dalam ruang simpanan masing-masing dalam bulan-bulan akan datang disebabkan oleh masalah ekonomi yang semakin merebak ke seluruh dunia, dan telah mengurangkan permintaan terhadap pelbagai sumber asli termasuk minyak.

Antara yang turut dilaporkan ialah, dalam masa beberapa hari Kanada dijangka akan kehabisan ruang untuk menyimpan hasil pengeluaran minyak tempatannya. Penganalisis menjangkakan trend itu dijangka turut akan berlaku di negara-negara lain di seluruh dunia

Ketika kita menjalani "Perintah Kawalan Pergerakan," tak boleh nak pergi kerja, tak boleh nak keluar rumah, harga minyak pula merudum jatuh.

Post a Comment

5 Comments

  1. Kesian milo suam....x tau the domino effect ...minyak jatuh satu hal ke unprecedented level i.e usd10 per barrel tp malaysia harap ke dividen minyak sebanyak 20% utk rangsang ekonomi, byr staff kjaan dsbnya...ini bukan masalah pn atau ph...ini global....jgn suka2 minyak jatuh...the effect to society is huge...silap2 kamu pun tersungkur...apa2 pun Allah pemberi rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf cakap, yang mula-mula bergembira harga petrol RON95 dan RON97 jatuh ialah penyokong tegar PN. Mereka memuji PM baru sangat baik tidak seperti PM lama PH yang janji menipu untuk menurunkan harga petrol kepada RM1.50. Seolah-olah mereka buta bahawa negara kita mempunyi Petronas yang pergantungan kepada hasil minyak mentah amat besar disamping hasil dari sumber negara yang lain.

      Delete
  2. We are providing Background Removal Service with more than 15 years of experience.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda