Akhirnya Anwar dedah tarikh mengadap YDP Agong

PERSOALAN tentang bilakah tarikh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap YDP Agong akhirnya terjawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kiriman di laman Facebook rasminya terlebih dahulu mengucapkan syukur selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri paduka Baginda Yang di-pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Mustain Billah telah dianugerahkan keafiatan oleh Allah.Anwar angkat sumpah

Dalam kiriman yang sama beliau memaklumkan bahawa YDP Agong telah memperkenankan beliau untuk mengadap pada hari selasa, 13 Oktober 2020.

"Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli parlimen yang kukuh dan meyakinkan sepertimana yang saya sebut sebelum ini," tulisnya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing serta menghormati peraturan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan