Anwar kerap "fly" ketika zaman sekolah di MCKK

KETIKA zaman sekolah di MCKK (Malay College Kuala Kangsar) Anwar Ibrahim kerap 'curi-curi keluar' dari sekolah atau istilah yang popular di kalangan pelajar asrama disebut sebagai "fly" (keluar tanpa kebenaran pihak sekolah).

Anwar Muda

Ketika itu Anwar sangat aktif melakukan aktiviti kemasyarakatan kepada penduduk setempat iaitu memberi kelas tuisyen dan motivasi percuma kepada pelajar-pelajar miskin di kawasan sekitar dan menyertai program-program agama di sekolah pondok atas bukit, berdekatan Istana.

Anwar Fly

Anwar dan beberapa rakannya termasuk salah seorang bernama Osman Bakar 'curi-curi keluar' sekolah di hujung minggu untuk mengajarkan bahasa Inggeris kepada pelajar sekolah pondok berdekatan, dan dalam masa yang sama mereka pula kembali mengajarkan pengetahuan Agama Islam dan Bahasa Arab.

Anwar Fly

Namun pihak sekolah mengambil sikap 'toleransi' terhadap Anwar kerana menyedari mereka "fly" kerana pergi melakukan kerja-kerja kemasyarakatan.

Ketika itu Anwar turut dijemput oleh penduduk kampung untuk memberikan tazkirah ketika Bulan Ramadhan dan Majlis Maulud Nabi.

Anwar fasih berbahasa Inggeris, ketika menuntut di MCKK, Semua urusan surat-menyurat yang ditulis kepada ayahnya Pak Berahim, dalam bahasa Inggeris. Anwar juga minat membaca karya William Shakespeare.

Sedih melihat ramai anak-anak Melayu yang lemah dalam pelajaran, beliau banyak membantu anak tempatan di kampungnya menerusi kelas tuisyen Bahasa Inggeris yang dianjurkannya di Sekolah Agama Jalan Kolam Air setiap kali pulang ke kampung pada cuti penggal persekolahan MCKK.

Selain itu Anwar turut menubuhkan BETERA (Belia Teraju Negara) bersama dengan anak-anak muda kampung untuk mengendalikan kelas tuisyen beberapa subjek bagi pelajar-pelajar miskin Tingkatan 3 yang lemah dalam pelajaran.

Jelas di sini, Anwar sejak dari zaman usia belasan tahun, sudah begitu prihatin dengan nasib anak bangsanya, sanggup bertungkus-lumus membantu sedaya mungkin untuk melihat bangsanya maju.

Tulisan ini sebahagiannya aku ambil dari buku bertajuk Anwar Ibrahim: The Evolution of Muslim Democrate tulisan Dr Charles Allers, seorang profesor bidang Pengajian Islam, dari University of Wales, Trinity Saint David.

"Anwar Ibrahim, to know is to love," — MiLo SuaM

Post a comment

2 Comments

  1. itu sikap dia pada ketika itu dan juga sikap dia bersama abim pada ketika itu, sehingga pas menanti2 kedatangan anuar untuk menyerti pas dan juga orang yang harap2 untuk menerajui pas, begitu juga sikap menusia tidak selalu kekal, kerana cita2 dan nafsu yang besar, mulalah angan2 menguasai jiwa, mulalah mencorakan langkah dengan menyertai satu parti politik melayu besar dan kuat pada ketika itu, ilmu didada dirasakan sudah cukup kuat kononnya hendak mengislam parti itu dari dalam, tapi sayang sedikit demi sedikit sikap mula berubah demi untuk memdapat habuan yang lebih besar hingga terlupa niat asalnya, bukan itu saja parti islam pun menjadi sasarannya, dengan mengunakan segala helah dan langkah jadi dia orang nombor dua terkuat, tapi kerna tamak dan tidak sabar telah memakan diri, sehingga sekarang sikap tamak dan tidak sabar menjadi sebahagian dari watak2 anuar itu sendiri

    ReplyDelete
  2. ada hikmah anuar tidak menyertai pas dan tidak menerajui pas, pimpinan pas yang terdahulu dan sekarang sudah cukup baik untuk pas, insya allah

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda