Darurat akan hancurkan ekonomi, keyakinan pelabur musnah kata Tengku Razaleigh

"Sekiranya Perdana Menteri berjaya melaksanakan perintah darurat yang dicadangkan, (saya) sebagai seorang ahli ekonomi dan bekas Menteri Kewangan, bekas Menteri perdagangan Antarabangsa dan industri dan bekas pengerusi bank dunia dan IMF, saya boleh beri jaminan ia akan memburukkan lagi keadaan ekonomi kita yang sudah teruk,".


Itu kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan pengerusi jemaah penasihat Umno mengulas tentang cadangan kerajaan Perikatan Nasional untuk mengisytiharkan darurat pentadbiran.

Tengku Razaleigh Hamzah

"Pelabur tempatan dan luar akan meninggalkan kita sepenuhnya, keyakinan perniagaan akan musnah," katanya.

Menurutnya, beliau tidak mempersoalkan hak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memohon pengisytiharan darurat daripada Yang Di-pertuan Agong.

Namun katanya beliau tidak nampak ada "alasan jujur" untuk langkah itu.

Sinar Harian memetik satu lagi kenyataan lain oleh Tengku Razaleigh menyatakan bahawa tindakan Muhyiddin yang enggan untuk melakukan undi tidak percaya terhadap dirinya di parlimen jelas membuktikan Ahli Parlimen Pagoh itu tidak lagi mempunyai kesahihan sebagai Perdana Menteri.

Jelasnya beliau mempunyai maklumat yang menunjukkan bahawa Muhyiddin tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Kalau tidak, mengapa dia (Muhyiddin) takut untuk melakukan undi tidak percaya?" soalnya.


Katanya lagi tindakan Muhyiddin menghadap Yang Di-pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk pengisytiharan darurat pada dasarnya adalah tindakan yang salah, namun ia tetap dilakukan demi untuk melindungi kedudukan.

Menurutnya seorang Perdana Menteri yang tidak sah adalah tidak bermoral untuk meminta pengistiharan darurat bertujuan untuk mendapatkan kuasa dengan tidak bertanggungjawab serta tanpa semak dan imbang.

"Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja tidak seharusnya memperkenan permintaan yang tidak sah dan berdasarkan alasan tipis itu," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan