Larangan minum arak di Singapura sejak tahun 2015

BUDAYA minum arak merupakan amalan biasa bagi majoriti rakyat Singapura. Sebelum tahun 2015, aktiviti minum arak di tempat awam bukanlah sesuatu yang diterima oleh masyarakat, namun ia tidak menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang republik itu.


Namun pada 30 Januari 2015, satu undang-undang baru yang disebut Liquor Control Act (Supply & Consumption) telah diluluskan. Undang-undang itu mengharamkan aktiviti minum arak di tempat awam pada masa-masa tertentu.

Minum Arak

Undang-undang kawalan arak yang baru itu mengharamkan individu untuk meminum arak di kawasan tempat tempat awam bermula dari pukul 10.30 malam sehingga jam 7.00 pagi.

Malah premis-premis jualan arak juga tidak dibenarkan menjual arak bermula dari jam 10.30 malam sehingga 7.00 pagi.

Mana-mana individu yang ditangkap minum arak ketika waktu larangan tersebut, akan dikenakan denda $1,000 bagi kesalahan pertama, dan $2,000 bagi pesalah berulang juga boleh dikenakan hukuman sehingga tiga bulan penjara.


Undang-undang baru itu telah mendatangkan kesukaran kepada majoriti golongan peminum arak di Singapura. Pengguna terpaksa memilih untuk membeli arak pada lewat malam di bar dan kelab malam yang mempunyai lesen khusus dan tentu sekali harga arak yang ditawarkan lebih tinggi dan mahal.

Meskipun pengguna masih mempunyai pilihan untuk membeli arak di premis-premis seperti disebutkan di atas, namun tidak ramai yang mampu mengekalkan budaya minuman arak mewah seperti itu, mereka cuba mencari arak yang lebih murah untuk diminum.

Undang-undang itu telah memberi kesan besar terhadap perniagaan kedai-kedai menjual arak di Singapura, banyak yang 'gulung tikar' seterusnya memilih untuk berniaga di atas talian bagi mengurangkan kos operasi.


Orang ramai percaya tindakan kerajaan Singapura meluluskan undang-undang kawalan arak ini selepas berlaku rusuhan dalam bulan Disember tahun 2013. 

Namun ia bukanlah sebab utama kerana kajian untuk meluluskan satu undang-undang kawalan arak telah bermula sejak September 2012, manakala kejadian rusuhan itu hanyalah pemangkin yang mempercepatkan undang-undang baru itu diluluskan.

Sebab utama undang-undang itu diwujudkan adalah kerana peningkatan kes individu yang hilang kewarasan dan menyebabkan gangguan awam akibat mabuk minum arak.

Sumber — primeliquor.sg

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan