Pilihanraya Negeri Sarawak bila-bila masa dari sekarang kata Abang Johari

KETUA Menteri Sarawak, Datuk abang Johari Openg hari ini memberi isyarat bahawa negeri itu akan mengadakan pilihan raya Negeri "bila-bila masa dari sekarang," meskipun negara kini berdepan dengan lonjakkan kes Covid-19.

Malay Mail melaporkan, ia merupakan petunjuk paling jelas setakat ini yang mana Abang Johari yang juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi melanjutkan mandat.

Abang Johari

"Saya ingin menyampaikan mesej bahawa gendang akan dipalu. Kayu sudah disediakan gendang juga sudah disediakan,"

"Apabila gendang dipalu dengan kayu bila-bila masa sahaja dari sekarang, kita mesti keluar untuk mempertahankan PBB dan GPS dalam pilihan raya," katanya dalam satu konvensyen mini PBB hari ini.

Abang Johari berhenti seketika untuk mendedahkan bila beliau akan menasihatkan gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud untuk membubarkan dewan.

Mandat sedia ada GPS akan tamat pada bulan Jun hadapan.


Menurut Abang Johari PBB dan GPS mempunyai pengalaman di dalam mentadbir negeri dan mereka akan mempertahankan hak-hak negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Inter-Governmental Committer (IGC) Report.

Tambahnya lagi sebuah stesen televisyen milik Negeri akan dilancarkan oleh Taib pada 10 Oktober serentak dengan ulang tahun kelahiran rasmi Gabenor Sarawak.

"Stesen itu akan mengutarakan program-program yang berkaitan dengan Sarawak," kata abang Johari sambil menambah bahawa Sarawak kaya dengan seni dan budaya serta keindahan yang akan menarik pelancong.

Konvension berkenaan telah dihadiri oleh lebih seribu delegasi dari cawangan PBB di zon tengah Sarawak.

Negeri Sarawak merekodkan 3 kes baru Covid-19 dikala negara mengalami lonjakkan sebanyak 317 kes baru hari ini.

Pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggambarkan lonjakkan terbaru Itu sebagai permulaan "gelombang ketiga,"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan