Wanita berpurdah juga wajib pakai pelitup muka

WANITA berpurdah juga wajib pakai pelitup muka (facemask) kata Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noorhisham Abdullah.


Arahan itu turut disiarkan menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Wanita berpurdah juga wajib memakai pelitup muka sama ada pelitup muka perubatan atau bukan perubatan (tiga lapisan fabrik yang disyorkan WHO)," tulis halaman Twitter tersebut.

Dr Noorhisham Abdullah

Apa yang boleh kita fahami, pemakaian purdah biasanya menggunakan selapis kain yang menutup bahagian separuh muka individu, maka anda perlulah memakai pelitup muka di dalam kain purdah berkenaan.

Pengendali halaman Twitter Rasmi KKM turut menjawab soalan salah seorang pengikut akaun itu berhubung pemakaian pelitup muka berkenaan.

Twitter KKM

"Seperti dikatakan DG (Dr Noor Hisham), pakai di bahagian dalam purdah," tulisnya.

Dalam erti kata lain jika anda tidak berpurdah, dan hanya memakai penutup muka jenis kain yang biasa, maka jelas sekali anda tidak mematuhi arahan (supaya memakai pelitup muka disyorkan oleh WHO).


Maka anda tetap perlu memakai pelitup muka 3 lapisan seperti yang disarankan.

Sejak kebelakangan ini orang ramai terutamanya wanita Melayu, heboh memperkatakan tentang 'hijrah' beberapa artis wanita terkenal tanah air yang kini tampil memakai purdah.

Lazimnya pasti ramai wanita akan 'berhijrah' memakai purdah juga bagi mengikut jejak langkah artis-artis kesayangan mereka itu. 


Justeru penjelasan dan arahan yang diberikan oleh Dr Noorhisham tentu boleh dijadikan panduan di dalam usaha kita bersama untuk memutuskan rangkaian jangkitan wabak pembawa maut Covid-19.

1 Comments

  1. Yes, sop tetap kena patuhi. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan