Da'i Syed akui hubungan dengan ayah keruh sejak 2016

SELEPAS hantaran di Facebook yang dibuat oleh Seif Jamalullail tular di media sosial, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful tampil menjawab kenyataan ayah kandungnya itu.

BACA JUGA — Ayah Da'i Syed minta wanita jadi mangsa anaknya buat laporan polis

Da'i Syed mengakui bahawa hubungan dengan ayahnya itu telah 'keruh' seawal tahun 2016 apabila beliau tidak bersetuju dengan pilihan kerjayanya menyertai program Dai yang ditayangkan di kaca televisyen.

Da'i Syed

"Hubungan antara kami berdua telah keruh seawal tahun 2016 apabila beliau tidak bersetuju dengan pilihan kerjaya hidup saya untuk menyertai program dai yang ditayangkan di kaca televisyen," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan menerusi akaun Twitter.

Menurutnya, hubungan dengan ayah sepatutnya menjadi perkara peribadi yang perlu disimpan sendiri. Namun Da'i Syed memberi sedikit pendedahan bahawa ayahnya itu telah meninggalkan ibu sejak tahun 2017 dan berpindah ke Cairo, Mesir.

Dalam kenyataan media itu juga, Da'i Syed menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan mengaibkan yang menjadi viral dibuat terhadapnya di media sosial.

"Sesungguhnya Saya telah difitnah melakukan perbuatan yang amat keji dan terkutuk," katanya.

Menurut Da'i Syed, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya berhubung perkara itu. 

Laporan polis dai syed

Beliau juga telah berbincang dengan pasukan peguam untuk mengambil beberapa tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab termasuk tuntutan saman fitnah bagi mendapatkan ganti rugi berbentuk wang ringgit bagi kerosakan ke atas imej dan reputasinya sebagai seorang figura awam.

"Saya dengan ini menuntut supaya pengguna pengguna akaun Twitter yang berkenaan untuk memadam segala kenyataan kenyataan yang bersifat fitnah yang telah dibuat, ditokok-tambah disebarkan dan ditujukan kepada saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan kadar yang segera."

"Permohonan maaf secara bertulis kepada saya juga perlu dilakukan bagi membetulkan keadaan. Permohonan maaf ini kemudiannya perlu disebarkan dengan cara sama fitnah ke atas saya disebarkan.,"

"Sebarang kedegilan oleh mana-mana pengguna akaun Twitter yang berkenaan untuk melakukan seperti yang dituntut, akan saya terima sebagai perlawanan bagi saya memulakan tindakan saman fitnah di mahkamah terhadap mereka," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan