Orang ramai beratur panjang demi iPhone 12 dan iPhone 12 Pro

PESONA iPhone 12 dan iPhone 12 Pro nampaknya tidak dapat dibendung. Meskipun dalam situasi wabak covid-19 yang serius, orang ramai nampaknya tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan produk terbaru keluaran Apple inc itu.


Meskipun kerajaan kini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara, kerana situasi pandemik yang begitu membimbangkan, kegilaan orang ramai untuk mendapatkan iPhone 12 dan iPhone 12 Pro tetap tidak berubah, malah mereka sanggup beratur panjang untuk menjadi pembeli awal.

iPhone 12 and iPhone 12 Pro

Berdasarkan kiriman di media sosial iPhone 12 dan iPhone 12 Pro telah dilancarkan secara rasmi hari ini, dan pagi ini menyaksikan premis-premis jualan produk Apple itu diserbu orang ramai yang sanggup beratur panjang dengan sabar bagaikan tiada hari esok.

Beratur demi iPhone

Justeru kiriman itu mendapat pelbagai reaksi dari warga media sosial. Antaranya merasa hairan mengapa orang ramai masih gila kerana iPhone sedangkan situasi pandemik begitu membimbangkan.

"Tolong jangan mati kerana iPhone! Semua orang bersusah-payah bersama melawan pandemik Covid-19, tapi masih ramai orang sanggup beratur untuk beli iPhone. Nampaknya mereka tak takut mati," kata salah seorang warga media sosial.

Umum mengetahui bahawa produk keluaran Apple itu bukan murah harganya, 


"Jangan kata ekonomi teruk, walaupun tiada duit orang sanggup berkorban untuk beli iPhone," kata Ahmad Zamani di media sosial.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan