Pelajar ini terpaksa daki bukit cari internet untuk jawab peperiksaan online

SEORANG pelajar wanita dari Universiti Malaya, tidak mencari alasan untuk berjaya meskipun terpaksa mendaki bukit bagi menduduki peperiksaan atas talian selain berdepan dengan ancaman pacat dan ular berbisa.


Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi, 20 tiada pilihan, kerana kawasan bukit setinggi 20 meter di belakang rumahnya itulah satu-satunya lokasi paling dekat untuk mendapat liputan internet.

Daki Bukit cari internet

Dengan bantuan ayahnya yang membina sebuah khemah sejak 10 hari lalu, Nurlieda boleh menjawab soalan peperiksaan dengan lancar tanpa perlu keluar ke lokasi lain di luar kampungnya.

Dia terpaksa mendaki bukit setinggi 20 meter untuk sampai di sebuah khemah yang dibina oleh ayahnya, Mohd Azmi Ahmad, 48 dan di situlah dia mengulang kaji pelajaran sambil ditemani lingkaran ubat nyamuk dan kipas angin di sisi.

Menurutnya sejak pulang ke kampung pada bulan Julai lalu, dia terpaksa mengikuti kelas secara online, sekaligus menyebabkannya perlu keluar sejauh tiga kilometer dari kampung untuk mendapatkan liputan internet.

Katanya, untuk mengikuti sesi pembelajaran atas talian selama satu hingga dua jam, dia terpaksa belajar di dalam kereta, jika ada kelas pada waktu malam, dia akan ditemani ayah ataupun adiknya.


Menurut Nurlieda, kawasan kediamannya di Kampung Bukit Petai Tujuh di Tanah Merah, Kelantan dan lima lagi Kampung sekitar selama ini memang berdepan dengan masalah liputan internet.

Perkara itu sangat menyukarkan pelajar sepertinya untuk mengikuti kelas atas talian.

Beberapa hari sebelum menduduki peperiksaan yang bermula pada 23 November lalu, Nurlieda berasa risau bagaimana untuk melakukannya kerana dia dikehendaki merakam video secara langsung sepanjang menduduki peperiksaan.

Ayahnya telah cuba meletakkan modem WIFI di atas sebuah tiang yang dipacakkan di atas bukit belakang rumah, namun liputan internet masih gagal sampai ke kawasan rumahnya.

Ulang kaji atas bukit

"Ayah mengambil keputusan membina sebuah khemah kecil di atas bukit dengan hanya dibalut plastik putih dan karpet nipis untuk berlindung panas yang saya gunakan sepanjang peperiksaan berlangsung selama dua minggu ini dengan sambungan bekalan elektrik dibuat dari rumah,"

"Selama satu atau dua jam peperiksaan berlangsung, saya perlu merakam video sepanjang peperiksaan menerusi telefon bimbit yang dipasang pada tripod untuk pemerhatian pensyarah,"


"Hanya di bukit ini sahaja liputan Internet boleh diakses dengan baik walaupun terdapat sedikit gangguan, namun setakat ini tiga kertas peperiksaan berlangsung, segalanya berjalan lancar," katanya seperti yang dipetik oleh Berita Harian.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan