Scotland negara pertama dunia tetapkan semua produk tuala wanita percuma

SCOTLAND dilaporkan menjadi negara pertama di dunia yang menetapkan produk tuala wanita percuma untuk semua yang memerlukannya selepas usul berhubung perkara itu diluluskan di parlimen pada hari selasa.



Langkah itu dilapor bertujuan untuk menghapuskan "kemiskinan haid," yang mana ramai wanita dipercayai bergelut untuk membeli produk sanitasi setiap bulan apabila datang haid terutama semasa pandemik coronavirus.

Nicola Sturgeon, menteri pertama Scotland menulis ciapan menerusi Twitter tentang perkara tersebut, meluahkan perasaan bangga pada hari selasa tidak lama selepas mengundi menyokong usul yang disifatkan sebagai "polisi penting untuk wanita dan gadis," itu.

Menteri Scotland

"Bangga dapat mengundi udang-undang bersejarah ini, menjadikan Scotland sebagai negara pertama di dunia menyediakan produk haid secara percuma kepada semua yang memerlukan. Satu polisi penting untuk wanita dan gadis." ciapnya.

Dalam ciapan yang sama, Nicola turut mengucapkan tahniah kepada Monica Lennon dan Clydes Aileen antara individu yang berusaha kuat memperjuangkan perkara itu sejak tahun 2018.


Period Products (Free Provision)(Scotland) Act yang diluluskan sebulat suara itu akan mewajibkan semua pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan produk haid secara percuma untuk semua mereka yang memerlukannya.

Tinjauan yang dijalankan oleh kumpulan aktivis wanita Scotland mendedahkan hampir satu daripada lima wanita pernah melalui "kemiskinan haid" yang mana telah memberi kesan besar terhadap kebersihan, kesihatan dan kehidupan mereka.

Majoriti wanita dianggarkan terpaksa berbelanja sekitar £13 (RM71) sebulan untuk membeli produk tuala wanita dan wang itu terkumpul menjadi ribuan ringgit sepanjang hidup mereka.


Kerajaan Scotland dijangka akan membelanjakan sekitar £8.7 juta (RM47.5 juta) setahun untuk merealisasikan perundangan yang baru diluluskan itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan