Timbalan Menteri cadang bank pusat cetak duit dan berikan terus kepada rakyat

NETIZEN hari ini kecoh dengan isu Timbalan Menteri Belia dan Sukan, yang mencadangkan agar Bank Negara Malaysia mencetak duit untuk diberikan terus kepada rakyat.


Kenyataan itu dikeluarkan oleh Wan Fayshal dalam satu temubual bersama sebuah stesen radio perniagaan berbahasa Inggeris, BFM Radio.

Bank Negara Cetak Duit

Dalam temubual berkenaan, Timbalan Menteri itu menyebut kaedah bantuan yang dipanggil sebagai 'helicopter money' di mana bank pusat boleh secara langsung mencetak wang dan menyalurkannya terus kepada rakyat.


Kenyataan itu dikeluarkan ketika mengulas tentang Belanjawan 2021 yang dibentang oleh kerajaan baru-baru ini.

"(golongan) M40 kini perlahan-lahan menjadi B40, dan ia perlu memberi perhatian kepada rakyat bukan korporat, dan kita boleh gabungkan dengan 'holikopter money' dasar kewangan di mana bank pusat boleh secara terus mencetak duit dan menyalurkannya terus kepada rakyat, supaya mereka boleh berbelanja," katanya.

Beliau turut menganggap ia merupakan idea yang inovatif untuk dilakukan oleh bank pusat.


"Dan ini sepatutnya menjadi salah satu cara yang saya fikir boleh dilakukan, ia tentang bagaimana kita memerlukan idea inovatif dari bank pusat juga," katanya.

Sumber — BFM Radio

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan