Alvin Goh dan Addy Kana bersubahat dengan Chen Dawei penjenayah paling dikehendaki di China

HAMPIR dua bulan pihak polis menjalankan siasatan sindiket judi atas talian dan Macau Scam terhadap dua individu, iaitu Alvin Goh dan Addy Kanna.


Akhirnya semalam, mereka dilaporkan telah mengaku bahawa Chen Dawei seorang lelaki warga China, yang juga merupakan penjenayah paling dikehendaki di negara itu merupakan ketua mereka.

Chen dawei

Portal chinapress sebelum ini pernah membuat satu laporan eksklusif tentang siapa Chen Dawei, namun pada waktu itu pihak polis enggan memberi sebarang ulasan.

Kini selepas lebih sebulan pihak polis akhirnya mengumumkan identiti penjenayah berkenaan.

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam sidang media di Bukit Aman berkata, Chen Dawei, 31 merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa China berhubung kes penipuan di negara itu sebelum ini.

Katanya selepas Chen Dawei lari ke negara ini, dia telah menyambung kegiatan lamanya dan menjadi ketua di sebalik sindiket perjudian atas talian dan Macau Scam.


Menurutnya, dengan bantuan seorang ahli perniagaan, Alvin Goh dan artis Addy Kana, Chen Dawei telah membina pengkalan di negara ini, dan dia juga yang telah membawa masuk ramai Warga China ke dalam negara sebagai kakitangan khidmat pelanggannya.

Chen Dawei dilaporkan masuk ke negara ini menggunakan pasport Republik Vanuatu dan oleh kerana itu ketika ditahan pihak polis tidak dapat mengesahkan identiti sebenarnya.

Huzir juga mendedahkan bahawa Chen Dawei menggunakan beberapa identiti, namun akhirnya pihak polis berjaya mengesahkan identitinya sebagai Warganegara China menerusi bantuan Kedutaan China, sekaligus mendedahkan bahawa dia juga merupakan penjenayah dikehendaki.

Chen Dawei sebelum ini pernah ditangkap dalam satu serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun selepas dibebaskan dengan jaminan, dia telah menghilangkan diri.


Ketika pihak polis memburu Alvin Goh sebelum ini, Chen Dawei turut ditahan semula secara kebetulan.

Menurut Huzir, selepas penahanan Chen Dawei di Mont Kiara, pihak polis telah menumpaskan 12 lagi sindiket judi atas talian yang berkait dengannya dalam satu siri operasi mengejut, membawa kepada penahanan 130 individu.

Chen Dawei dijangka akan ditahan selama dua tahun di bawah Akta Langkah Pencegahan (POCA). Suspek kini bersama 5 warga China dan seorang warga tempatan masih menjalani penahanan selama 38 hari sehingga 8 Januari iaitu fasa pertama POCA.

Pihak polis kini menunggu arahan dari Kementerian Dalam Negeri, sama ada mereka akan ditahan bagi tempoh selama dua tahun lagi.


Menurutnya, daripada 130 individu yang ditahan oleh pihak polis, kesemua mereka ditahan di bawah POCA, yang mana 87 masih menjalani fasa pertama penahanan selama 38 hari, 2 telah ditahan selama 21 hari dan 19 lagi masih dalam siasatan.

Lima individu telah didakwa di mahkamah, 4 sedang menjalani penahanan selama 2 tahun, manakala 13 lagi telah dibebaskan.


1 Comments

  1. Chen Dawei ni mesti ada banyak $$$$ dan cable kuat. Berapa lama agaknya dia akan ditahan? Lu pikir la sendiri....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan